Menantimu Jejaka….
Posted in life on June 18th, 2008 by bayanMenantimu jejaka,
bagai menyusun sepuluh jari
menadah tangan menanti titis hujan
namun,
kemarau melanda
menantimu jejaka…
tangan gadis ini telah kaku
untuk menadah
kerana titis hujan
masih tidak turun
menantimu jejaka…
kuanggapkan bagai cahaya
yang hadir setiap pagi
walaupun tidak dapat dijangkau
sinarnya tetap menyimbah
wajahku…
hatiku…
jiwaku…
Penantian ini
akan berakhir
ESOK!



