Inspirasi Itu Dari Apa Yang Kita Rasa

Posted in motivasi on October 23rd, 2008 by bayan

watch?v=Um9KsrH377A

Ya, inspirasi hadir daripada apa yang memberi sumbangan kepada kita. Sama ada ia baik atau buruk. Bagaimana jiwa dan peribadi kita menilainya dan akhirnya memberi sesuatu pada hidup. Itu inspirasi.

Selalunya orang akan pandang inspirasi sebagai sesuatu yang wujud akibat kita melihat atau menilai sesuatu yang baik-baik sahaja. Sebagai contoh, terpandang wajah ibu yang penuh ketenangan memberi inspirasi kepada si anak untuk berusaha menongkah pancaroba kehidupan. Ataupun menatap wajah gadis atau jejaka kesayangan memberi inspirasi untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna.

Sebenarnya inspirasi juga wujud akibat kesalahfahaman, konflik, dendam, sakit hati dan sebagainya yang bersifat negatif. Namun, istilah tersebut tidak akan jadi negatif jika kita melihatnya atau menanganinya dengan jiwa yang positif.

Seperti video klip di atas yang saya ambil dari blog seorang teman. Vidoe serupa ini banyak dihasilkan demi memberi inspirasi kepada mereka yang merasakan bahawa ‘dunia ini tidak adil’, ‘orang yang lemah jika mempunyai keazaman yang kuat akan berjaya seperti mereka yang lain, dan sebagainya.

Motivasi dan pengajaran yang dipaparkan sedikit sebanyak mampu memberi cahaya kepada mereka yang merasakan hidup dalam kegelapan.

Namun, harus diingat, bahawa segala yang ‘buruk-buruk’ yang berlaku tidak harus dijadikan dendam sehingga ke penghabisan. Dendam dan sakit hati yang berkampung dalam jiwa, alirkannya dalam bentuk yang positif. Dengan dendam dan sakit hati itu, kita mampu membentuk diri menjadi lebih kuat untuk berjaya.

Itu yang saya lakukan sehingga kini. Dan kemanisan dendam disertai kemaafan telah saya rasai.

Terima kasih kepada mereka yang ‘menjahanamkan’ sebahagian waktu remaja saya. Saya bangun dari kegagalan itu. Dan saya kenali diri serta mencapai apa yang saya impikan dengan dendam kepada kamu. Terima kasih.

Sign Up Advertlets
Tags: , , , , , ,

Teka-Teki Imam Ghazali

Posted in motivasi on March 11th, 2008 by bayan

 ila-437.jpg

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ).

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tags: , ,