Mati Dalam Sepi
Posted in life on April 9th, 2009 by bayanKatanya, “aku lebih rela mati dalam kesakitan, daripada mati dalam sunyi dan sepi.”
Saya hanya diam, sambil alur matanya mula digenangi air suci sepi. Anak-anaknya menghilang. Tiada khabar apatah lagi panggilan telefon.
Dia, warga emas yang tidak tahu ke mana gerangan ‘alur darah’ yang pernah dilahirkannya dahulu.
Ke mana?
…..
Sepi.
Diam Apa Ertinya
Posted in life on December 26th, 2008 by bayanDahulu semasa upacara pinang-meminang, jika gadis menitiskan air mata itu tandanya punya dua maksud.
Gembira dan sedih.
Lihat pula air matanya, laju atau perlahan. Sejuk atau panas.
Yang ini saya tidak pasti. Lupa.
KOMA
Diam bukan beerti kita melupakan apa yang berlaku.
Dosa tetap dosa.
Aib tetap aib.
Diam lebih baik daripada kita bercakap sesuatu yang boleh melukakan hati orang lain dan juga mungkin mengaibkan diri orang lain.
Dugaan dan Ruang Kita Beza Amat!
Posted in life on September 12th, 2008 by bayanApabila pesanan ringkas (sms), dan panggilan kamu tidak berjawab, percayalah bahawa teman yang kamu hubungi tidak mahu diganggu atau memerlukan ruangnya sendiri.
Ini kerana, ruang kamu dan ruang dia berbeza.
Dugaan kamu dan dugaan dia juga berbeza walaupun puncanya sama. Hati!
Apabila Akal Tiada Kimia Dengan Hati
Posted in life on August 4th, 2008 by bayanMaka…
Apa yang dingin dirasa hangat
Segala yang manis terasa pahitnya
Tiap yang indah tiada tenang
Tiap yang tenang terasa sesak
Tiap yang sesak terasa pilu
ubat gigi sapu di pipi
pencuci muka usap di rambut
guna syampu untuk membersihkan gigi.
Aduhai….


