Tanam Benih Yang Baik Untuk Jiwa
Posted in motivasi on September 3rd, 2008 by bayanLetih sudah meratap hiba. Ini bukan perlakuan manusia yang bersyukur. Saya tahu itu.
Mengetahui kesudahan rumahtangga seorang teman yang agak menyedihkan, saya kuatkan jemari untuk menghantar pesanan ringkas kepadanya.
Bertanyakan khabar berbasa basi demi menutup kesilapan kerana telah melanggar peraturan bersahabat - seorang sahabat seharusnya sentiasa menyambung silaturrahim.
Maaf Syamsina, saya terlupakan kamu. Jarak geografi kita bukannya terlalu jauh. Mungkin hati dewasa saya memikirkan yang bukan-bukan tentang kamu sehingga lupa, dalam diri kamu ada saya dan begitu juga sebaliknya. Dan silaturrahim kita terputus.
Syamsina menjawab agak panjang. Menceritakan perihal dirinya yang bertukar status.
Katanya lagi, jangan dikejar apa yang kita suka, tapi sayangi apa yang kita ada.
Ya, saya hadam kata-kata itu untuk hidup saya. Terima kasih!