Now or Never : Kisah Mereka
Posted in infotainment on June 16th, 2008 by bayanSaya tidak pasti bagaimana perasaan saya. Tetapi setelah menonton filem lama ini, saya lebih menghargai setiap masa yang ada. [Maaf, poster filem atau gambar babak tak ditemui]
Sabtu lalu, di saluran astro yang mana pun saya tak ingat. Namun, setiap babak dalam filem ini masih segar dalam ingatan.
Now or Never atau dalam bahasa Germannya Etzt Oder Ne : Zeit ist Geld (2001) mengisahkan kehidupan warga tua di sebuah daerah di German.
Carla (Christel Okras), Beta (Christel Peters), dan Lily (Elisabeth Scherer), memainkan peranan utama sebagai warga tua yang bercita-cita tinggi, sebelum mereka menemui ajal- mahu bercuti dengan menaiki kapal layar menggunakan duit simpanan hasil pungutan dari lelongan barang kepada rumah warga tua di tempat mereka.
Wang simpanan yang dikumpul merupakan hasil jualan barang yang dicuri di kedai runcit daerah itu.
Setelah wang yang dikumpul mencukupi iaitu hampir 10 marks, mereka menuju ke sebuah agensi pelancongan untuk merealisasikan cita-cita mereka. Namun, wang tabungan itu tidak diterima melainkan ia ditukar terlebih dahulu di bank.
Mereka menuju ke bank untuk membuat simpanan. Di bank pula, mereka harus mengasingkan wang tersebut dengan nilai yang sama sebelum di depositkan ke dalam akaun.
Semasa sedang mengasing-asingkan wang tersebut, bank itu telah dirompak dan wang mereka lesap tanpa jaminan daripada pihak bank. Hal ini menimbulkan kemarahan bagi ketiga-tiga warga tua ini lantas mengadakan rancangan untuk merompak bank tersebut.
Mereka gagal untuk kali pertama. Tetapi berjaya untuk kali kedua. Berjaya melarikan wang walaupun mereka ditangkap dan dipenjarakan.
Carla, meninggal dalam penjara dan menimbulkan kepiluan kepada teman-temannya. Hasrat mereka untuk bercuti bersama tidak kesampaian.
wang yang dicuri disembunyikan di rumah warga tua. Dan wang tersebut telah dikongsi oleh kesemua warga tua tersebut untuk membeli sebuah kapal dan mereka belayar beramai-ramai.
Filem ini amat menarik kerana;
- Menggunakan bahasa yang penuh humor dan sarkastik walaupun menyatakan emosi sedih dan pilu
- Babak-babak yang tidak terjangka oleh fikiran diselitkan dengan baik
- Nilai kekeluargaan dan persahabatan yang pelik dan menarik
- Memaparkan kehidupan warga tua yang cuba menjalani kehidupan ahkir mereka dengan cara mereka tersendiri
- Semangat kental dan kesungguhan tidak kira usia.
