Bila Bunga Mahu Berkembang?
Posted in Album on February 18th, 2009 by bayanKata orang, tidak elok letak kaktus dalam rumah. Nanti penghuni rumah akan ‘panas’ selalu dan asyik bertegang urat.
Iye ke?
Macam tidak boleh pakai sahaja alasan itu.
Kata orang, tidak elok letak kaktus dalam rumah. Nanti penghuni rumah akan ‘panas’ selalu dan asyik bertegang urat.
Iye ke?
Macam tidak boleh pakai sahaja alasan itu.
Sebenarnya bukan susah untuk senyum. Senang. Petuanya jangan ikut kata hati. Kerana hati selalu menidakkan logik dan pertimbangan waras.
Buka tingkap pagi-pagi…pandang bawah, nampak ini. Bagus kan? Hahahhah
Seorang kawan menyangka saya marahkan dia dan merajuk. Tapi tidak. saya tak merajuk dengan sesiapa. Cuma agak tak sihat dan letih.
Dia menghantar bunga ini dan juga coklat ini.
Saya senyum dan terus senyum menerima ‘kejutan’ ini. Tapi saya senyum bukan kerana rajuk saya dilayan. Bukan ini yang saya mahukan bila saya rasa ‘tak sedap hati’.
Saya cuma mahukan doa.
Terima kasih kawan kerana berusaha mendamaikan dan membuatkan saya senyum. Terima kasih!