Archive for the 'semasa' Category

Boikot dan Demonstrasi

Posted in semasa on January 8th, 2009 by bayan

kredit : http://www.tutor.com.my/tutor/interaktif.asp?sp=Kartun

Demonstrasi…

“Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu”,

Dan juga boikot…

Boikot barangan Yahudi dan Israel

Tags: , , ,

Air Mata

Posted in semasa on January 5th, 2009 by bayan

Kredit gambar : http://www.ntcsites.com/palestine/nss-folder/1949/palestine48.jpg

Air mata yang tertumpah
Kerana cinta
kerana luka
kerana dendam
kerana kesumat
Bukan apa-apa
berbanding
darah mereka.

Upaya yang mana yang mahu kita nafikan?

Tags: , , ,

Rumah Yang Kosong

Posted in semasa on November 9th, 2008 by bayan

Di mana semua orang?

Cik Tuan dan Cik Puan ada di SINI.

Cik Puan Muda ada di SINI

Cik Puan Kecil pula ada di SINI.

Ermmm..patutlah rumah GELAP dan KOSONG.

Itulah pasal, aku pun lapar sangat ni. Meowww…meowwww

Tags: , , , , , ,

Makan Asap

Posted in semasa on November 4th, 2008 by bayan

Ini bukan konsep ‘makan asap’ yang mana bila kamu berlumba motor, dan kamu ketinggalan di belakang melihat asap motor orang yang menang. Waktu itu kamu akan ‘makan asap’.

Ini istilah yang mendukung makna, kamu menyedut dan menghadam asap rokok.

Kesesakan nafas akibat ‘makan asap’ malam itu masih terasa sehingga kini. maaf, saya bukan mengada-ngada atau tidak ‘kool’ apabila merengek dan merungut tentang asap rokok yang bertebaran tanpa mengira waktu itu. Saya emmang tidak boleh berkompromi dengan mereka yang pentingkan diri sendiri dengan menghisap rokok di tempat yang tidak sepatutnya.

Terlebih baik kamu berhenti merokok. Tahukan apa hukumnya merokok?

Dan tahu kan, ramai lelaki yang mengalami kematian dan kecacatan sperma akibat menghisap rokok? Anak kecil yang dilahirkan cacat, berpenyakit jantung dan paru-paru serta banyak lagi. Percayalah, ia ada kaitan yang rapat dengan rokok.

Dan untuk kerajaan pula, mentang-mentanglah cukai rokok yang tinggi memperkaya negara, kamu tidak buat apa-apapun yang mendukung konsep ‘rokok itu haram’.

Tags: , , ,

Bapa Demokrasi?

Posted in semasa on October 11th, 2008 by bayan

Ada Hindraf. Ada pertikaian hak istimewa orang Melayu. Demokrasikah?

Ada bapa demokrasi? Relevankah?

Tags: , ,

Sufiah, Mashitah dan YADIM

Posted in semasa on April 8th, 2008 by bayan

 dsc_0100.JPG

Kisah Sufiah masih hangat diperkatakan. Sedari terbongkarnya kegiatan terkini Sufiah yang menjual tubuh, sejarah kepintarannya, kebobrokan rumahtangganya, keaiban yang dilakukan oleh bapanya dan pelbagai lagi.

Dan kini, Sufiah diberitakan mengaku bahawa kegiatan tidak manis yang dilakukannya itu atas dasar kerelaan hati dan bukan kerana kesempitan hidup untuk meneruskan pengajian.

Semua sudah tahu tentang itu.

Kerajaan Malaysia mahu membantu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan Timbalannya, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, akan mengetuai program menyelamatkan Sufiah.

Mereka mahu membawa pulang Sufiah. Mereka mahu selamatkan akidah Sufiah. Mereka akan buat itu ini untuk Sufiah kembali ke pangkal jalan.

Itu juga semua dah tahu. Pelbagai reaksi dilontarkan melalui media cetak dan juga media digital.

Cuma satu yang mereka terlepas tahu.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebenarnya bukan sebagai tunggak dalam misi ini. Saya menjadi tidak sedap hati apabila YADIM diperlekeh kononnya mahu menggembleng tenaga menyelamatkan Sufiah. Dan dituduh bersekongkol dalam menghabiskan duit rakyat untuk menyelamatkan Sufiah yang sebenarnya tidak mahu diselamatkan.

Apa yang diberitakan melalui beberapa media cetak tidak tepat. Berita yang tepat boleh diperolehi di laman web YADIM sendiri.

Kebenarannya di sini ialah, Menteri di  Jabatan perdana Menteri menyerahkan program menyelamatkan Sufiah kepada Timbalannya. Dan hal ini diberitahu kepada wartawan semasa sesi lawatan beliau ke YADIM baru-baru ini.

Saya harap kepada pihak yang memandang serong kepada YADIM kerana berita ini segera mengubah persepsi.

Dari aspek tanggungjawab, tidak salah sekiranya YADIM atau mana-mana NGO terlibat dalam misi menyelamatkan Sufiah. Jangan kata kita tiada tanggungjawab ke atas Sufiah memandangkan Sufiah bukan warganegara Malaysia lagi.

Harus diingat, suatu waktu dahulu Sufiah pernah mengharumkan nama Malaysia, beragama Islam dan ibunya masih seorang muslim yang kini menetap di Malaysia.

Dan kisah-kisah ‘menjual tubuh’ warga Malaysia yang perlu diselamatkan juga digembar-gemburkan oleh mereka. Ok, saya setuju kita harus mengutamakan kes dalaman sebelum sibuk-sibuk mahu menyelamatkan ‘orang luar’.

Penyakit masyarakat yang semakin menular ini [menjual tubuh] harus dikekang. Siapa yang bertanggungjawab mengekangnya?

Semua orang. Setiap masyarakat berperanan besar dalam menghapuskan kegiatan jual tubuh ini.

Caranya?

Sebagaimana kamu sibuk-sibuk menuding jari meminta pihak kerajaan berbuat sesuatu, kamu juga harus buat sesuatu untuk menyelamatkan masyarakat kamu. Jangan hanya diam sambil menuding jari ke sana sini. Mula bertindak. Buatlah apa yang kamu rasa baik.

Mungkin juga mula prihatin dengan orang sekeliling kamu yang beraktiviti tidak manis. Menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan dan Jabatan Agama Islam setiap negeri. Alasan mereka tidak cukup kakaitangan untuk melangsaikan permasalahan agama dan maksiat yang semakin berleluasa ada benarnya.

Percaya lah, jika  kamu mula berhenti menuding jari, banyak perkara yang dapat kamu lakukan. Selemah-lemah tindakan pun ialah berdoa agar mereka yang sesat kembali ke pangkal jalan. Susah kah berdoa untuk orang lain?

Saya bukan pro kerajaan. Secara kesimpulannya, jangan harap orang lain bertindak. Kita kena mulakannya dahulu. Beranikan diri menegur aktiviti maksiat yang ada di sekeliling kita. Jangan tutup mata dengan ketidakmanisan perilaku manusia di sekeliling kita. Beranikan diri menegur yang salah. Dan jangan takut melakukan hal yang benar. Itu sudah memadai untuk menyelamatkan generasi muda dari bahana “kebebasan bersuara dan bertindak”.

Bacaan lanjut :

Dan banyak lagi. Google sahaja!

Tags: , , , , , ,

Jom ke PESTA BUKU

Posted in semasa on April 4th, 2008 by bayan

Pesta buku bermula hari ini. Pesta ini membuatkan saya ‘gila’ sikit dengan jadual harian yang harus disusun sebaiknya agar ‘yang dikejar saya dapat, yang dikendong tidak keciciran”.

Jom!

AKTIVITI HARI SABTU

Sabtu - 5 Apr 2008

8:30 AM

10:00 AM

10:30 AM

1:00 PM

2:00 PM

  • Seminar: PeKOMIK miniKON Hari 1

3:00 PM

4:00 PM

5:00 PM

Tags:

Tertelan Gigi Palsu Kekasih

Posted in semasa on March 18th, 2008 by bayan

 

 asam.jpg

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka akibat tertelan gigi palsu teman wanitanya ketika sedang asyik bercumbuan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10.45 malam di sebuah ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Palong, dekat sini, mangsa bersama beberapa rakan serta teman wanita masing-masing dikatakan menghidu gam sebelum khayal di dalam pondok di ladang berkenaan.

Menurut sumber, dalam keadaan khayal mangsa yang dikatakan asyik bercumbuan dengan teman wanitanya secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.

“Menyedari gigi palsunya tercabut, wanita berusia 17 tahun itu panik dan mencari-cari di sekeliling tetapi tidak berjumpa sebelum mangsa memberitahu dia tertelan gigi palsu berkenaan,” katanya.

BERITA ASAL

Bodoh! Kelakar! Entah apa-apa!

Itu yang saya rasa bile baca berita ini. Tapi apa yang saya merahkan itu yang ingin saya perkatakan.

Remaja 19 tahun, sepatutnya berada di institusi pengajian atau mana-mana institusi pendidikan telah menghisap gam, di sebuah ladang kelapa sawit dengan remaja perempuan yang berusia 17 tahun.

Sebenarnya kehidupan masyarakat di felda memang agak terjamin. Pemberian tanah dan ladang getah [bayaran ansuran setiap bulan], memang bernilai jika dikerjakan sebaiknya. Malah tidak

Pengurusan Felda memang agak baik. Pelbagai. Dan banyak memberi manfaat kepada penduduk Felda. Namun, apa yang diberi sebenarnya terlalu sedikit daripada apa yang ‘mereka’ ambil.

Pembangunan sosial sangat rapuh! Sangat rapuh! Perlukan kajian yang mendalam. Sangat mendalam!

Pembinaan Menara Felda yang bernilai RM640.7 juta yang akan siap 4 tahun lagi itu, diharap dapat memberi impak yang maksima terhadap pembangunan sosial di felda.

Dulu saya bangga bergelar anak felda yang berjaya. Dulu…

Tags: , , ,

Televisyen Online

Posted in semasa on January 11th, 2008 by bayan

TV3 telah melancarkan TV3 Online. Mungkin juga ucapan tahniah boleh diberikan kepada TV3 dalam usaha melebarkan sayap siarannya.

Mungkin ini memberi peluang yang baik kepada mereka yang terlepas siaran rancangan kegemaran mereka. Ini bermakna tiada istilah ‘terlepas maklumat dan hiburan’ di kalangan masyarakat.

Bagi kakak-kakak yang terpaksa berebut dengan anak-anak di rumah untuk menonton samarinda atau apa-apa rancangan, TV3 online adalah penyelesaian yang baik sekalipun anda terpaksa mencuri waktu pejabat untuk melayarinya.

TV3 online membuktikan kepada masyarakat bahawa Tv3 merupakan satu-satunya tv swasta yang digemari ramai. Pelbagai perubahan dilakukan dari setahun ke setahun. Melayari TV3 secara online memberi banyak manfaat jika digunakan sebaiknya. Hampir semua rancangan dan program yang telah dan sedang ditayangkan di TV3 telah dionlinekan.

Saya tahu RTM juga telah melakukan hal yang sama kerana RTM juga bukanlah stesen penyiaran yang kecil. Namun bukan sepenuhnya iaitu bukan 24 jam online dan kadangkala mengalami capaian yang agak lambat dan mengelirukan. Baik radio atau televisyen, terasa bukan secara online. Mungkin saya yang masih tidak berjumpa atau mungkin ada kesilapan teknikal yang perlu diperbaiki segera.

Sebenarnya RTM bukanlah stesen yang rugi untuk ditonton. Rancangan- rancangan yang ditayangkan juga banyak yang berkualiti jika dibandingkan dengan mana-mana stesen penyiaran swasta yang lain. Program atau siaran bercorak dokumentari juga boleh dipuji. Drama-dramanya berkualiti cuma mungkin tidak sepopular drama di TV3. Saya juga percaya istilah popular di Malaysia tidak mengambil kira sangat aspek kualiti.

Kepada TV di Malaysia, tahniah kerana berusaha memberi yang terbaik kepada masyarakat walaupun masih banyak kelemahan perlu diperbaiki seperti pemilihan bentuk paparan yang kadang tidak sesuai dengan budaya Malaysia dan lain-lain.

Apabila Islam Menjadi Agenda Politik

Posted in semasa on January 4th, 2008 by bayan

Dipetik dari BERNAMA, 4 Januari 2008

Kerajaan Pusat Janji Jadikan Kelantan Pusat Ketamadunan Islam

KUALA KRAI, 4 Jan (Bernama) — Kerajaan pusat berjanji akan menjadikan Kelantan sebagai pusat ketamadunan Islam yang terbilang sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali menerajui negeri itu daripada PAS selepas pilihan raya umum nanti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah awal dalam memperkasakan Islam ialah membina masjid kerana ia menjadi pusat tauhid kepada perkembangan Islam.

Beliau berkata walaupun sehingga kini BN masih belum memerintah Kelantan namun langkah membina masjid tetap diberi keutamaan sekalipun tewas pada pilihan raya umum dan jika BN menang projek memperkasakan masjid akan menjadi lebih lancar.

“Harap menanglah kerana ia akan melancarkan proses pembinaan masjid dan mempercepatkan pusat tamadun Islam di Kelantan,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah masjid baru An-Nur, Guchil, di sini Jumaat.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri seramai 2,000 orang ialah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Annuar Musa.

Najib berkata langkah yang telah diambil oleh kerajaan pusat dalam membina masjid merupakan tindakan berterusan untuk memperkasakan Islam.

Beliau berkata berbeza dengan PAS di Kelantan yang telah mentadbir Kelantan selama 18 tahun, yang digelar Serambi Mekah namun tiada sebuah masjid barupun dibina oleh kerajaan negeri pimpinan parti itu.

“Kalau ada pun masjid yang cuba dibina di Rantau Panjang semasa sambutan Jubli Perak tiga tahun lalu.”

“Tetapi sehingga kini projek itu belum lagi siap sepenuhnya dan masih tergendala. Di mana Islam yang dilaungkan PAS jika sebuah masjid pun tidak boleh dibina,” katanya.

Najib turut terharu dengan pembinaan masjid baru An-Nur kerana 40 tahun dahulu masjid asal berkenaan telah diluluskan peruntukan pembinaannya oleh ayah Najib, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu juga memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1968.

“Tersentuh hati selepas 40 tahun ayahanda saya datang untuk merasmikan masjid yang pada masa itu berharga RM35,000.”

“Kini yang saya luluskan (Kerajaan Pusat) kini berjumlah RM2.1 juta dan saya juga kini adalah Timbalan Perdana Menteri,” kata Najib.

*PERLUKAH?