Archive for the 'life' Category

Berehat

Posted in life on June 12th, 2009 by bayan

Bila mahu terbang, aku terbang.

Jika letih singgahlah mana-mana dahan atau apa sahaja.

Kerana tiada sangkar yang mengurung kita

Kerana tiada denak yang memerangkap kita.

Hati-hati dan serah pada Tuhan.

Tags:

Di Sana

Posted in life on May 14th, 2009 by bayan

Aku tidak akan menemanimu di ’sana’.

Jaga langkahmu hari ini

agar kau tidak menyesal esok!

Tags:

Mati Dalam Sepi

Posted in life on April 9th, 2009 by bayan

Katanya, “aku lebih rela mati dalam kesakitan, daripada mati dalam sunyi dan sepi.”

Saya hanya diam, sambil alur matanya mula digenangi air suci sepi. Anak-anaknya menghilang. Tiada khabar apatah lagi panggilan telefon.

Dia, warga emas yang tidak tahu ke mana gerangan ‘alur darah’ yang pernah dilahirkannya dahulu.

Ke mana?

…..

Sepi.

Tags: , , ,

Diam Apa Ertinya

Posted in life on December 26th, 2008 by bayan

Dahulu semasa upacara pinang-meminang, jika gadis menitiskan air mata itu tandanya punya dua maksud.

Gembira dan sedih.

Lihat pula air matanya, laju atau perlahan. Sejuk atau panas.

Yang ini saya tidak pasti. Lupa.

KOMA

Diam bukan beerti kita melupakan apa yang berlaku.

Dosa tetap dosa.

Aib tetap aib.

Diam lebih baik daripada kita bercakap sesuatu yang boleh melukakan hati orang lain dan juga mungkin mengaibkan diri orang lain.

Tags: ,

Putus Kawan

Posted in life on December 17th, 2008 by bayan

“Saya tidak mahu kawan dengan kamu lagi,” putus saya petang itu, selepas perlawanan hoki sekolah kami.

“Habis tu, kamu ingat saya mahu sangat kawan dengan kamu?” jawabnya menyakitkan hati.

KOMA

Saya akan putuskan segala pertalian jika ianya menyakitkan kedua belah pihak.

Lagipun, apa sangatlah nilai kawan jika tidak menggembirakan suasana.

Kita banyak pilihan kan?

Tags: , ,

Kenapa Menangis

Posted in life on December 10th, 2008 by bayan

Apakah ku amat bererti di mata engkau
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi, ku sendiri…

(Menerima kau pergi - Acha dan Irwansyah)

Sesat di jalan sendiri. Hujan. Kaki pedih.

Jangan menangis.

Tunggu hujan dahulu, baru menangis.

Tags: , ,

Bila Bosan…

Posted in life on December 4th, 2008 by bayan

Bila semangat sudah tidak boleh dipulihkan, tak perlu pergi ke pejabat. Ambil cuti dan duduk rumah.

Duduk rumah, kemas rumah, makan dan tengok TV. Ada banyak saluran boleh ditonton. Lepas satu, satu dan satu, satu, satu.

Semua saluran ditonton tidak sampai satu minit.

Ambil kunci kereta. Pandu sahaja ke mana. Biar sesat. Kuala Lumpur bukan besar. Baca sahaja papan tanda dengan betul.

Tapi, jangan biar fikiran melayang.

Phewwww…nasib baik tak sondol belakang lori.

Tags: , ,

Merubah Rutin

Posted in life on November 27th, 2008 by bayan

Nasi goreng berlauk daging black paper. Arghhh…semalam daging ini mengkhianati saya.

Bila lif rosak dan pejabat berada di tingkat lima;

1. Bawa bekal supaya tak perlu turun minum pagi atau makan tengahari.

2. Urusan pejabat (temujanji atau berjumpa kawan) dilakukan pada waktu pejabat tutup (selepas pukul lima)

3. Pastikan bayar duit parking cukup-cukup supaya tak perlu bergegas turun bila kawan beritahu yang DBKL buat sport check parking.

4. kalau kena turun juga (mesyuarat di bangunan sebelah atau tingkat satu), pastikan kaki bersarung selipar bukan kasut tumit tinggi.

Aduhai……seksanya lif rosak.

Tags: , , ,

Senyum

Posted in life on November 26th, 2008 by bayan

Sebenarnya bukan susah untuk senyum. Senang. Petuanya jangan ikut kata hati. Kerana hati selalu menidakkan logik dan pertimbangan waras.

Buka tingkap pagi-pagi…pandang bawah, nampak ini. Bagus kan? Hahahhah

Seorang kawan menyangka saya marahkan dia dan merajuk. Tapi tidak. saya tak merajuk dengan sesiapa. Cuma agak tak sihat dan letih.

Dia menghantar bunga ini dan juga coklat ini.

Saya senyum dan terus senyum menerima ‘kejutan’ ini. Tapi saya senyum bukan kerana rajuk saya dilayan. Bukan ini yang saya mahukan bila saya rasa ‘tak sedap hati’.

Saya cuma mahukan doa.

Terima kasih kawan kerana berusaha mendamaikan dan membuatkan saya senyum. Terima kasih!

Tags: , , ,

Ikan Ini Tidak Bersalah

Posted in life on November 18th, 2008 by bayan

Saya tidak tahu menyiang (membuang kulit keras) ikan ini. Maafkan saya kerana cubaan saya mencederakan kamu. Tapi kamu lihat ini, ini, dan ini. Tangan saya luka dek kerasnya kulit kamu.

Tags: , ,