Archive for the 'infotainment' Category

Now or Never : Kisah Mereka

Posted in infotainment on June 16th, 2008 by bayan

Saya tidak pasti bagaimana perasaan saya. Tetapi setelah menonton filem lama ini, saya lebih menghargai setiap masa yang ada. [Maaf, poster filem atau gambar babak tak ditemui]

Sabtu lalu, di saluran astro yang mana pun saya tak ingat. Namun, setiap babak dalam filem ini masih segar dalam ingatan.

Now or Never atau dalam bahasa Germannya Etzt Oder Ne : Zeit ist Geld (2001) mengisahkan kehidupan warga tua di sebuah daerah di German.

Carla (Christel Okras), Beta (Christel Peters), dan Lily (Elisabeth Scherer), memainkan peranan utama sebagai warga tua yang bercita-cita tinggi, sebelum mereka menemui ajal- mahu bercuti dengan menaiki kapal layar menggunakan duit simpanan hasil pungutan dari lelongan barang kepada rumah warga tua di tempat mereka.

Wang simpanan yang dikumpul merupakan hasil jualan barang yang dicuri di kedai runcit daerah itu.

Setelah wang yang dikumpul mencukupi iaitu hampir 10 marks, mereka menuju ke sebuah agensi pelancongan untuk merealisasikan cita-cita mereka. Namun, wang tabungan itu tidak diterima melainkan ia ditukar terlebih dahulu di bank.

Mereka menuju ke bank untuk membuat simpanan. Di bank pula, mereka harus mengasingkan wang tersebut dengan nilai yang sama sebelum di depositkan ke dalam akaun.

Semasa sedang mengasing-asingkan wang tersebut, bank itu telah dirompak dan wang mereka lesap tanpa jaminan daripada pihak bank. Hal ini menimbulkan kemarahan bagi ketiga-tiga warga tua ini lantas mengadakan rancangan untuk merompak bank tersebut.

Mereka gagal untuk kali pertama. Tetapi berjaya untuk kali kedua. Berjaya melarikan wang walaupun mereka ditangkap dan dipenjarakan.

Carla, meninggal dalam penjara dan menimbulkan kepiluan kepada teman-temannya. Hasrat mereka untuk bercuti bersama tidak kesampaian.

wang yang dicuri disembunyikan di rumah warga tua. Dan wang tersebut telah dikongsi oleh kesemua warga tua tersebut untuk membeli sebuah kapal dan mereka belayar beramai-ramai.

Filem ini amat menarik kerana;

  1. Menggunakan bahasa yang penuh humor dan sarkastik walaupun menyatakan emosi sedih dan pilu
  2. Babak-babak yang tidak terjangka oleh fikiran diselitkan dengan baik
  3. Nilai kekeluargaan dan persahabatan yang pelik dan menarik
  4. Memaparkan kehidupan warga tua yang cuba menjalani kehidupan ahkir mereka dengan cara mereka tersendiri
  5. Semangat kental dan kesungguhan tidak kira usia.
Sign Up Advertlets
Tags: , , , , ,

Menanti Pasti yang mengelirukan!

Posted in infotainment on January 30th, 2008 by bayan

Kegelapan malam ini menyesakkan jiwa
tanpa bintang untuk aku mimpikan mimpimu
aku… merindu indah bulan
menyuluh kelam malam
mengharap bintang akan bersinar

kesepian hati ini mengundang derita
penantian satu seksa bila tanpa balas
aku… menanti kata hati
darimu satu pasti
mengharap mimpi akan hakiki

Korus:

Cinta
bisikkanlah asmaraku
padanya gelora di kalbu
hembusan nafas ini hanyalah kepadanya
mencintai setulus hati

Cinta
bukakanlah asmaranya
padaku setia menunggu
antara kau dan aku ada persamaan
untuk cinta bersemi nanti

andai ada di hatimu….
ruang cinta itu
kan ku simpan anugerah
ke akhir hayatku

menanti pasti….

Saya suka lagu ini. Berentak waltz. Penulis liriknya Abie Abdullah dan pencipta lagunya, Ajai. Video klip dibuat dengan usahasama pengkarya dari Indonesia.

Tapi sesuatu yang mengelirukan telah berlaku pada penyampaian lagu ini menerusi video klipnya. Saya tidak tahu pengarah video yang tidak prihatin atau Siti yang silap menghayati.

Lagu menanti pasti - mengikut penafsiran saya ialah tentang jiwa lara seorang gadis terhadap kekasihnya. Hubungan ini pastinya baru bermula dan masih melalui proses suai kenal. Pastinya juga lagu ini menceritakan tentang hal-hal yang masih menjadi tanda tanya dan ragu-ragu dihati si gadis untuk kekasihnya dan begitu juga sebaliknya. Lihat saja lirik ini yang menunjukkan ketidakpastian cinta:

Cinta
bukakanlah asmaranya

padaku setia menunggu
antara kau dan aku ada persamaan
untuk cinta bersemi nanti

Pada pendapat saya juga dalam video ini, wajah siti yang senyum meleret membayangkan yang si gadis sedang bahagia menikmati cintanya. Tetapi sangat berlawanan dengan pemaparan lakonan gadis dalam video itu yang sedang berkonflik dengan pasangannya.

Saya cuba mengulang tayang video itu, tapi masih tidak faham. Adakah Siti yang silap penghayatan atau ada maksud lain disebalik lakonan pasangan kekasih dalam video klip itu.

Saya mengikuti kerjaya seni Siti. Tetapi bukanlah obses. sejak awal pembabitannya dalam bidang seni, Siti sering menjadi korban orang sekelilingnya.

Pakaian Siti banyak yang diperlekehkan kesesuaiannya. Ya, itu saya setuju. Sejak dahulu hingga kini.

Video klip lagu-lagu beliau [terutama tahun 2000 ke bawah] juga dibuat seperti cincai-cincai. Video klip yang cantik dan menarik selalunya dengan usahasama pengkarya dari Indonesia, jurugambar dari luar dan juga berlatarbelakngkan bukan Malaysia.

Akibatnya, penyanyi berbakat ini tidak dianggap international walaupun pencapaiannya dan kejayaannya amat membanggakan.

Tags: , , , ,

Apa Kata Doktor?

Posted in infotainment on January 25th, 2008 by bayan

image002.jpg

Tags: , ,

Dunia Baru Madihah

Posted in infotainment on January 18th, 2008 by bayan

Madihah memang sengal. Tak pernah saya jumpa watak begini dalam mana-mana drama atau cerita lawak. Dia cantik. Natural. dan sempoi.

Madihah adalah satu-satunya watak yang paling saya suka dalam drama bersiri Dunia Baru yang telah memasuki musim ke tiga. Sebelum ini saya tidak begitu gemar menonton drama begini - yang pelakonnya baru sekali dua beraksi, dan remaja dan temanya alam pengajian di universiti atau kolej.

Drama ini memang best. Dengar khabar, drama ini sedang difilemkan. Plotnya amat mudah. Kisah alam pengajian yang menemui pelbagai konflik seperti konflik dengan pensyarah, subjek yang diambil, proses pembelajaran dan sebagainya. Isu percintaan juga ada, tetapi pada pendapat saya cara yang digunakan untuk memaparkan isu cinta dalam drama ini tidak keterlaluan dan nampak semulajadi. Aspek minda pelajar yang inovatif dan kreatif juga diselitkan. Maknanya Drama ini berjaya dalam mengenengahkan pelbagai isu yang melingkari jiwa remaja.

Madihah [Ngasriah Ngasri] yang memegang watak seorang pelajar muda yang telah mendirikan rumahtangga dengan Darius[Iqram Dinzly]. Konflik wujud. Mereka remaja dan cara menanganinya pun benar-benar menunjukkan ketidakmatangan mereka. Hal ini boleh memberi pengajaran kepada penonton remaja yang mahu berkahwin muda. Ia tidaklah semudah yang disangka, dan watak Madihah serta Darius berjaya menggambarkan situasi betapa sukarnya membahagikan masa antara belajar dan kehidupan berumahtangga. But, it’s better than buat maksiat.

Selain Madihah dan Darius, watak lain juga berjaya dibawa dengan baik seperti watak Opie [Elyana], Muhammad Adif [Pierre Andre], Suzanna [Almy Nadia], Tajol [Elyas Abdullah], Anizah [Anita Baharom] dan ramai lagi. Cuma mungkin watak Suzanna perlu dibaiki. Agak melampau gayanya yang kononnya nampak menggoda dan manja.

Memperkatakan tentang Ngasriah, dia memang pelakon yang berbakat sejak kecil. Tak hairanlah dia pernah memenangi pelakon kanak-kanak terbaik. Dahulu, watak yang dibawanya agak streotype - anak yang kehilangan kasih sayang, hidup dalam keluarga yang susah, dan mesti ada babak-babak muka sedih dan air mata. Walau bagaimanapun, Ngasriah membawa wataknya dengan baik sepertimana abangnya (Ngasrizal) dan kakaknya (Ngasreen).

Mula-mula melihat watak Ngasriah dalam Dunia Baru Musim 1 dan 2, saya agak terkejut. Dia membawa watak yang berlainan dengan sebelumnya. Dan memasuki musim 3, watak Madihah yang dibawanya semakin terserlah dan mengundang gelak tawa dari penonton. Apa pun semoga Ngasriah berjaya dalam kerjaya dan memperbaiki kelemahannya dalam bidang lakonan dari semasa ke semasa. Semoga juga, apa yang dilakonkannya memberi manfaat kepada penonton.

Nak tonton drama ini sejak musim 1? Lawati laman ini.

Antara Penyelidik dan Pencuplik

Posted in infotainment on November 12th, 2007 by bayan

 

th-lr.jpg

Remy: This is me. I think it’s apparent that I need to rethink my life a little bit. I can’t help myself. I… I like good food, ok? And… good food is… hard for a rat to find!

Django: It wouldn’t be so hard to find, if you weren’t so picky!

Remy: I don’t wanna eat garbage dad!

Semalam, ketika sedang membaca Mingguan Malaysia tentang dunia perfileman Malaysia, saya terpaku membaca kenyataan seorang pengarah filem yang mempunyai nama dalam bidang perfileman dan akademik.

“Kalau filem saya tak bagus, takkan ia boleh dapat kutipan berjuta ringgit,’’ Katanya.

Saya semakin faham dan faham dan semakin faham tentang kuantiti dan kualiti. Malaysia sedang membina ketamadunannya melalui prinsip mempertahan kuantiti. Banyak contoh yang boleh dikupas.

Semakin jiwa enak melayan filem-filem bermutu dari barat [yang telah ditonton berpuluh kali], mata tak lepas membaca satu lagi rencana mengenai perfileman di Malaysia. Ya, KLIFF 2007 akan dilangsungkan tak lama lagi.

Sekali lagi;

“penganjuran festival itu merupakan projek serampang tiga mata di mana ia bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pengedaran atau pemasaran filem dari dalam dan ke luar negara serta mempromosikan sektor pelancongan negara.”

Filem manakah yang akan kita bawa ke tengah untuk mempromosi budaya dan negara kita? Identiti yang bagaimanakah yang membolehkan kita diterima di persada antarabangsa sebagai filem yang beridentiti tersendiri?

Oh, ya, berkenaan dengan petikan dialog di atas, ia diambil dari filem Ratatouille, antara filem animasi yang berjaya menggamit hati kanak-kanak seperti filem-filem animasi dari barat yang sebelumnya.

th-per8_1111_jpg.jpgSebaris dengan filem animasi lain - Bee Movie, Ice Age 1 dan 2, Shrek 1,2, dan 3, Cars, Meet the Robinson, Over The Hedge, Madagascar, Happy Feet, Finding Nemo, The Reef, Shark Tales, Surfing Up dan sebagainya…sangat banyak.

Animasi kita? Ya, Kita juga ada beberapa filem animasi yang sedang diusahakan sebaiknya oleh pengkarya tempatan. Kita berusaha, dan belajar.

Jika menyebut tentang barat, mereka memang hebat dalam pelbagai bidang. Bukan sahaja filem animasi menjadi igauan peminat filem tempatan, tetapi juga filem-filem yang berkisar tentang sejarah, peperangan, cinta, kemasyarakatan, kekeluargaan, cinta. Wah, semua topik atau isu mereka kuasai dengan baik.

Nak dibandingkan dengan Malaysia, memang jauh panggang dari api atau bagai langit dengan bumi.

Titik persoalan bukan kerana RM atau Dolar atau lebih tepat berkaitan dengan soal modal, kewangan dan pelaburan yang telah digunapakai oleh mereka untuk menghasilkan filem yang baik dan bermutu sehingga mereka diangkat sebagai bangsa yang maju dan moden dalam aspek itu ini.

Ingat, wang ringgit bukan persoalannya.

Punca kepada kejayaan mereka berjaya dalam semua bidang adalah penyelidikan. Ya, isu penyelidikan yang berkualiti juga dikupas semasa Malaysia dikejutkan dengan berita universiti kita yang unggul terkeluar dari senarai universiti terbaik dunia.

Seorang pensyarah dari barat yang pernah bertugas di salah sebuah universiti di Malaysia juga menjelaskan semasa beliau bertugas di Malaysia, budaya penyelidikan yang dijalankan tidak begitu memberangsangkan. Bukan modal atau wang yang mempengaruhi kualiti sesuatu hasil atau produk, tetapi budaya dan semangat untuk membuat penyelidikan.

Berbalik kepada filem Malaysia, tidak kira filem animasi atau apa jua bentuk genre, filem itu haruslah berpijak dibumi yang nyata. Kita tidak begitu berjaya kerana kita malas membuat penyelidikan dari aspek kebudayaan, latarbelakang sesuatu tema yang hendak disampaikan dan yang paling memualkan meniru budaya lain yang dianggap boleh memasarkan filem kita ke persada dunia.

Mungkin ada beberapa filem kita yang agak baik dari aspek penyampaian, tema, skrip, dan lain-lain. Tapi itu boleh dikira dengan jari.

Yang selebihnya, hanya saduran. Penipuan dan akhirnya menjelik-jelikkan bangsa kita di mata bangsa asing. Sudah tiba masanya untuk penggiat filem dan pengkarya tempatan untuk membina jatidiri filem Malaysia yang unggul tanpa memikirkan soal RM. Didik rakyat dengan sesuatu dan bukannya memberi apa yang rakyat mahukan.

Buat penyelidikan yang jitu tentang budaya bangsa MALAYSIA dengan baik tanpa menyisihkan soal agama. Hasilkan filem yang sebegitu dan didik masyarakat untuk memilih bahan hiburan yang bermakna.

Tak salah meniru budaya penyelidikan barat dalam menghasilkan pelbagai perkara. Yang salah meniru budaya negatif dari barat semata-mata ingin dilihat sama taraf dengan mereka. Adegan seks secara terbuka, berpesta, tidak beretika dalam berpakaian - itu semua menjadi kewajipan dalam filem mereka. Apa nak kisah, itu budaya mereka. Itu adalah mereka.

Kita? Kita kan ada identiti unik dan tersendiri. Itu yang harus kita paparkan agar filem kita lain dari yang lain. Jangan ikut acuan mereka. Guna acuan kita. Acuan yang telah kita kenal ini seharusnya menjadi wadah terbaik untuk memartabatkan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang jatuh bangunnya kerana belajar dari kegagalan. Dan bukan mengambil serta mencedok sesuatu untuk berjaya.

Apa gunanya pelancong datang ke Malaysia jika apa yang dipparkan di sini sama sahaja dengan negara mereka? - Pakaian, cara bertutur, sosial, hiburan dan sebagainya.

Dan apa Gunanya mereka menonton filem Malaysia yang memaparkan adegan panas, serta babak-babak buatan yang ada dalam masyarakat mereka, malah mereka boleh buat lebih baik dari kita.

Mulai sekarang, belajar la menjadi penyelidik dan bukan pencuplik.

*cuplik : bahasa jawa - mengutip/memetik

Tag 6 : Show Me Your Desktop

Posted in infotainment on September 28th, 2007 by bayan

Sebenarnya saya agak sibuk akhir-akhir ini. Apabila ada masa terluang pula, saya sibuk menambah ilmu dengan menggodek blog-blog yang berkaitan dengan teknologi perkomputeran. Agak sukar memahaminya kerana saya tidak pernah belajar secara khusus mengenai hal ini. Tapi, saya cuba.

Blog tidak begitu dikemaskini kerana kekurangan idea. Namun, tag dari encikEddyra memberi banyak manfaat kepada saya dan menyelesaikan satu permasalahan yang sudah dua minggu mengetuk otak saya untuk menyelesaikannya. Masalah itu kecil, namun manusia seperti saya yang rabun IT ini, menganggap masalah itu amat besar sehingga rela ‘tak makan’ [kerana puasa ..hehehe]

Masalah itu ialah “bagaimana cara untuk simpan imej sesuatu website/ imej yang tertera di skrin desktop“. Alhamdulillah, encik Eddyra telah membantu saya menyelesaikan masalah ini tanpa menggunakan screengrab [walaupun saya baru download software itu].

Menurut encik Eddyra;

These steps show you how to capture a screen shot of your desktop

  1. Press the Print Screen key on your keyboard. It may be labeled [PrtScn].
  2. Open an image editing program, such as Microsoft Paint.
    Start > Program > Accessories > Paint
  3. Hold Ctrl and press V
  4. Go to the File Menu and choose Save As.
  5. Navigate to the folder where you want to save the image.
  6. Type a file name for the image.
  7. Select a file type.
  8. Click the Save button.

Satu masalah selesai !

Dan yang kedua bukan masalah tetapi ‘tag’ yang harus saya laksanakan. Saya diminta untuk memaparkan imej yang tertera di skrin desktop saya. Alahai….

Bukannya apa-apa pun, tetapi skrin desktop saya, a.k.a wallpaper yang saya gunakan amat simple dan tidak kreatif langsung. Walau bagaimanapun, dengan rasa rendah diri dan tak malunya, saya paparkan juga untuk memenuhi tag tersebut.

desktopbmp.jpg

Saya amat sukakan wallpaper ini. Kenapa? Kerana gambar ini memberi erti tersendiri kepada saya. Tangan itu umpama seseorang yang selalu menyokong saya tidak kira dalam apa jua keadaan. Bunga ‘hidup’ yang berada di atas tanah /pasir pula amat cantik dan meriangkan hati saya setiap kali memandangnya. Ia umpama harapan yang sentiasa wujud dan memberi semangat yang tidak pernah ‘mati’ kepada saya.

Begitu juga dengan komputer riba saya. Wallpaper yang sama saya gunakan. Desktop komputer di pejabat tak penuh dengan icon macam desktop mereka yang terlibat dalam kerja-kerja webmaster atau sistem komputer. Saya cuma wartawan biasa yang menggunakan microsoft office dan juga adobe photoshop.

Sekian, terima kasih. Harap encik Eddyra berpuas hati

Saya teringin melihat wallpaper desktop kawan-kawan yang lain iaitu :

1. tongah

2. azrul

3. nickmenza

4. adar

5. affuan

6. hardyw3b 

7. dekerinchi 

 

Blogmas Yang Semakin CUN

Posted in infotainment on August 29th, 2007 by bayan

Saya semakin serasi dengan blogmas walaupun latar belakang blogmas masih belum saya terokai sepenuhnya. Dari hari ke hari keupayaan blogmas memikat hati.

contohnya :

  • Theme yang ditawarkan bertambah banyak dan menarik. Saya sangat suka warna theme yang saya pilih ni - Black-LetterHead 1.0 by Ulysses Ronquillo :The dark side of white space.
  • Tapi susah jugak sebab saya masih tak boleh/tak tahu cara termudah menukar image header kesukaan saya. Bila-bila nanti saya explore laa…
  • Selain itu, blogmas dah tawarkan ni ikon smiley yang comel seperti ini :lol: :mrgreen: :neutral: :arrow: :shock: :smile: :???: :cool: :evil: :grin: : :idea: :oops: :razz: :roll: :wink: :cry: :eek: :lol: :mad: ….dan banyak lagi
  • Dekat dashboard ada maklumat terperinci tentang aktiviti kita. Dan saya paling suka lepak kat blogmas - blog kita yang mengumpulkan semua blogger blogmas dalam satu blog - Maknanya, kat sini kita leh berbincang tentang apa sahaja [paling penting tentang blogmas laa…]. Kira macam ‘papan kenyataan’ juga la.
  • Senarai penuh blog pun ada, jadi kita boleh terus klik kat situ untuk menjelajah ke blog orang lain.
  • Yang paling penting, saya teruja dan ‘touching‘ sangat dengan blogmas kerana menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Tengok je la warna tema blogmas tu, siap ada bayangan jalur gemilang. Satu lagi, setiap masalah kita akan juga diselesaikan sesegera mungkin.

Harap-harap keselesaan dan kebajikan blogger blogmas akan dipelihara oleh pihak admin sampai bila-bila. Aminnn…. :lol:

Do not pump full tank of petrol ?

Posted in infotainment on August 17th, 2007 by bayan

filebin.gif

Many of us are not aware that the petrol kiosk pump has a return pipe-line (in black ). When the petrol tank (in the car) reaches full level, there is a mechanism to trigger off the pump latch and at the same time a return-valve is opened (at the top of the pump station) to allow excess petrol to flow back into the sump. But the return petrol has already pass through the meter, meaning you are donating the petrol back to SHELL/ PETRONAS/ CALTEX/MOBIL……….

*From my e-mail……..