Ramadhan: Mula Merancang
Posted in moneytalk on September 12th, 2007 by bayanInilah masa yang tepat untuk memulakan perancangan kewangan. Kerana apa? . Ini kerana bulan Ramadhan akan menjelma esok - 13 September 2007 bersamaan 1 Ramadhan 1428 Hijrah.
Apa kaitan bulan puasa dengan perancangan kewangan? Bukankah salah satu ciri perancangan kewangan yang baik ialah dengan menyimpan dan berjimat?
Sempena bulan ramadhan yang mulia dan berkat ini, ada baiknya anda merancang dengan baik segala perbelanjaan. Selaraskan hikmah bulan Ramadhan dengan aktiviti harian. Mengawal nafsu! Itu adalah senjata utama dalam mendidik jiwa dan rohani. Jiwa yang terdidik dengan amalan yang mulia akan menguntungkan dalam jangka masa pendek dan panjang.
- Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk menabung atau menyimpan wang anda.
- Elakkan membeli makanan dengan berlandaskan nasfu lapar. Seeloknya membeli dengan kadar yang sederhana.
- Jika anda mempunyai masa, memasak adalah cara yang praktikal untuk berjimat. Namun, memasak juga harus berlandaskan keperluan dan bukannya nafsu lapar. Memasak dalam kuantiti yang banyak tetapi tidak membazir. Makanan yang sama boleh di bawa ke sahur.
- Untuk menambahkan pahala dan sesekali berjimat, berbuka di masjid juga mendatangkan banyak kebaikan. Selepas solat berjemaah, pahala akan berganda apabila kita mengerjakan solat terawih dan sekaligus memantapkan iman dan juga mengeratkan ukhuwah dengan jemaah atau masyarakat sekeliling.
- Selain itu, berbuka bersama rakan serumah juga boleh dipraktikkan. Membeli dalam kuantiti yang sedikit tetapi pelbagai, bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi menambah kemesraan antara rakan serumah.
Sudah jelas?
Jadikan Bulan Ramadhan sebagai bulan yang baik untuk anda menyimpan wang, membuat perancangan di samping tidak melupakan hikmah dan kelebihan dalam melaksanakan rukun Islam ke tiga ini. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

