Merubah Rutin
Nasi goreng berlauk daging black paper. Arghhh…semalam daging ini mengkhianati saya.
Bila lif rosak dan pejabat berada di tingkat lima;
1. Bawa bekal supaya tak perlu turun minum pagi atau makan tengahari.
2. Urusan pejabat (temujanji atau berjumpa kawan) dilakukan pada waktu pejabat tutup (selepas pukul lima)
3. Pastikan bayar duit parking cukup-cukup supaya tak perlu bergegas turun bila kawan beritahu yang DBKL buat sport check parking.
4. kalau kena turun juga (mesyuarat di bangunan sebelah atau tingkat satu), pastikan kaki bersarung selipar bukan kasut tumit tinggi.
Aduhai……seksanya lif rosak.
Tags: bawa bekal, lif, pejabat, rutin
November 30th, 2008 at 2:23 am
Biasanya pada masa ini aku akan naik turun tangga yana berbeza untuk ke pejabat aku … kerana terdapat 4 tangga yang boleh digunakan. Tapi mulai tahun 2009 kemungkinan besar aku hanya akan naik turun tangga yang sama untuk ke pejabat aku!
December 1st, 2008 at 12:53 pm
apakah yg telah dilakukan oleh daging itu sehingga mengkhianati cik bayan
December 1st, 2008 at 4:24 pm
Izrittzz : Kaki Encik tiada besi. Saya ada. Dan ia sakit ketika menaiki atau menuruni tangga.
gerektua : Semasa memasak daging, minyak panas terpercik di dada.
December 1st, 2008 at 6:07 pm
Oh, Bayan pernah bercerita kepada saya bahawa dalam …..nya ada besi! Baru saya teringat. Saya doakan awak tabah dan bersemangat dalam mengharungi kehidupan ini walaupun ada besi dalam ….. awak! Saya mendoakan awak Bayan!
December 3rd, 2008 at 9:19 am
mm petangnya dah pekena roti canai dan soto