Senyum

Sebenarnya bukan susah untuk senyum. Senang. Petuanya jangan ikut kata hati. Kerana hati selalu menidakkan logik dan pertimbangan waras.

Buka tingkap pagi-pagi…pandang bawah, nampak ini. Bagus kan? Hahahhah

Seorang kawan menyangka saya marahkan dia dan merajuk. Tapi tidak. saya tak merajuk dengan sesiapa. Cuma agak tak sihat dan letih.

Dia menghantar bunga ini dan juga coklat ini.

Saya senyum dan terus senyum menerima ‘kejutan’ ini. Tapi saya senyum bukan kerana rajuk saya dilayan. Bukan ini yang saya mahukan bila saya rasa ‘tak sedap hati’.

Saya cuma mahukan doa.

Terima kasih kawan kerana berusaha mendamaikan dan membuatkan saya senyum. Terima kasih!

Tags: , , ,

5 Responses to “Senyum”

  1. kangaq Says:

    Buatla merajuk banyak-banyak. Nanti dapat rumah banglo…

  2. bayan Says:

    Hahahha…awak nak bagi ke?

  3. izrittzz Says:

    Aku nak kirim apa kat kamu yer Bayan …? Bunga dan coklat dah dikirim orang!

  4. adar Says:

    suami kirim ye? syg suami kamu kat kamu yek. :-)

  5. bayan Says:

    izrittzz : Kirim doa boleh?
    adar : Sibuk je nak tahu. Nak saya uar-uarkan ke siapa yang bagi? Ada yang berperang nanti.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image