Makan Asap

Ini bukan konsep ‘makan asap’ yang mana bila kamu berlumba motor, dan kamu ketinggalan di belakang melihat asap motor orang yang menang. Waktu itu kamu akan ‘makan asap’.

Ini istilah yang mendukung makna, kamu menyedut dan menghadam asap rokok.

Kesesakan nafas akibat ‘makan asap’ malam itu masih terasa sehingga kini. maaf, saya bukan mengada-ngada atau tidak ‘kool’ apabila merengek dan merungut tentang asap rokok yang bertebaran tanpa mengira waktu itu. Saya emmang tidak boleh berkompromi dengan mereka yang pentingkan diri sendiri dengan menghisap rokok di tempat yang tidak sepatutnya.

Terlebih baik kamu berhenti merokok. Tahukan apa hukumnya merokok?

Dan tahu kan, ramai lelaki yang mengalami kematian dan kecacatan sperma akibat menghisap rokok? Anak kecil yang dilahirkan cacat, berpenyakit jantung dan paru-paru serta banyak lagi. Percayalah, ia ada kaitan yang rapat dengan rokok.

Dan untuk kerajaan pula, mentang-mentanglah cukai rokok yang tinggi memperkaya negara, kamu tidak buat apa-apapun yang mendukung konsep ‘rokok itu haram’.

Tags: , , ,

3 Responses to “Makan Asap”

  1. acai Says:

    xleh nbenti..napa? xtau..xde acceptable method

  2. izrittzz Says:

    Alhamdulillah … aku tidak merokok! Bukan sebab BERHENTI … sememangnya aku TIDAK PERNAH, TIDAK MAHU MENCUBA ROKOK!

  3. bayan Says:

    acai : Kuatkan iman dan semangat. Mesti boleh punya. Bulan puasa boleh berhenti 12 jam untuk berpuasa….cuba la perlahan-lahan. Semoga berjaya.
    izrittzz : Alhamdulillah.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image