Archive for November, 2008

Merubah Rutin

Posted in life on November 27th, 2008 by bayan

Nasi goreng berlauk daging black paper. Arghhh…semalam daging ini mengkhianati saya.

Bila lif rosak dan pejabat berada di tingkat lima;

1. Bawa bekal supaya tak perlu turun minum pagi atau makan tengahari.

2. Urusan pejabat (temujanji atau berjumpa kawan) dilakukan pada waktu pejabat tutup (selepas pukul lima)

3. Pastikan bayar duit parking cukup-cukup supaya tak perlu bergegas turun bila kawan beritahu yang DBKL buat sport check parking.

4. kalau kena turun juga (mesyuarat di bangunan sebelah atau tingkat satu), pastikan kaki bersarung selipar bukan kasut tumit tinggi.

Aduhai……seksanya lif rosak.

Tags: , , ,

Senyum

Posted in life on November 26th, 2008 by bayan

Sebenarnya bukan susah untuk senyum. Senang. Petuanya jangan ikut kata hati. Kerana hati selalu menidakkan logik dan pertimbangan waras.

Buka tingkap pagi-pagi…pandang bawah, nampak ini. Bagus kan? Hahahhah

Seorang kawan menyangka saya marahkan dia dan merajuk. Tapi tidak. saya tak merajuk dengan sesiapa. Cuma agak tak sihat dan letih.

Dia menghantar bunga ini dan juga coklat ini.

Saya senyum dan terus senyum menerima ‘kejutan’ ini. Tapi saya senyum bukan kerana rajuk saya dilayan. Bukan ini yang saya mahukan bila saya rasa ‘tak sedap hati’.

Saya cuma mahukan doa.

Terima kasih kawan kerana berusaha mendamaikan dan membuatkan saya senyum. Terima kasih!

Tags: , , ,

Ikan Ini Tidak Bersalah

Posted in life on November 18th, 2008 by bayan

Saya tidak tahu menyiang (membuang kulit keras) ikan ini. Maafkan saya kerana cubaan saya mencederakan kamu. Tapi kamu lihat ini, ini, dan ini. Tangan saya luka dek kerasnya kulit kamu.

Tags: , ,

Rumah Yang Kosong

Posted in semasa on November 9th, 2008 by bayan

Di mana semua orang?

Cik Tuan dan Cik Puan ada di SINI.

Cik Puan Muda ada di SINI

Cik Puan Kecil pula ada di SINI.

Ermmm..patutlah rumah GELAP dan KOSONG.

Itulah pasal, aku pun lapar sangat ni. Meowww…meowwww

Tags: , , , , , ,

Ini Berita Tempatan…

Posted in life on November 7th, 2008 by bayan

Berita luar negara, yang jarang sekali kita akan dengar tentangnya ;

Anak Dara Paling Tua di Britain

Berita tempatan, yang selalu sangat kita baca di dalam akhbar ;

Anak Dara Paling Muda di Malaysia

Tags: , ,

Makan Asap

Posted in semasa on November 4th, 2008 by bayan

Ini bukan konsep ‘makan asap’ yang mana bila kamu berlumba motor, dan kamu ketinggalan di belakang melihat asap motor orang yang menang. Waktu itu kamu akan ‘makan asap’.

Ini istilah yang mendukung makna, kamu menyedut dan menghadam asap rokok.

Kesesakan nafas akibat ‘makan asap’ malam itu masih terasa sehingga kini. maaf, saya bukan mengada-ngada atau tidak ‘kool’ apabila merengek dan merungut tentang asap rokok yang bertebaran tanpa mengira waktu itu. Saya emmang tidak boleh berkompromi dengan mereka yang pentingkan diri sendiri dengan menghisap rokok di tempat yang tidak sepatutnya.

Terlebih baik kamu berhenti merokok. Tahukan apa hukumnya merokok?

Dan tahu kan, ramai lelaki yang mengalami kematian dan kecacatan sperma akibat menghisap rokok? Anak kecil yang dilahirkan cacat, berpenyakit jantung dan paru-paru serta banyak lagi. Percayalah, ia ada kaitan yang rapat dengan rokok.

Dan untuk kerajaan pula, mentang-mentanglah cukai rokok yang tinggi memperkaya negara, kamu tidak buat apa-apapun yang mendukung konsep ‘rokok itu haram’.

Tags: , , ,