Jika Tidak Mahu Jadi Baik…
Jangan heret orang lain untuk buat jahat.
Ketika diri di pintu hidayah, ada tangan-tangan jahat berselirat di jiwa dan akal. Tuhan, berilah hidayah untuk dia. Semoga dia lebih memahami erti dosa dan pahala. Amin.
Cuaca sejak akhir-akhir ini sangat panas. Bahangnya tidak mengampuni sesiapa. Di dalam pejabat yang berhawa dingin dan di dalam rumah yang berputar ligat kipas siling, panas sang mentari menusuk ke liang tubuh.
Dalam keadaan begini, banyak perkara yang dahulunya dirancang dalam ‘musim sejuk’ tidak menjadi seperti yang dirancang. Tapi tidak mengapa. Bukankah percaturan Tuhan maha hebat?
Kesilapan lampau jika diulang maka tergolonglah kamu dalam golongan orang-orang yang rugi.
Mimpi yang mengundang dosa, jika tidak direalitikan, maka hiduplah kamu dalam pura-pura.
Saya tidak mahu tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi dengan mengulangkisah perkara-perkara silam.
Saya juga tidak mahu mengundang dosa dengan merealitikan mimpi, sedangkan mimpi itu cuma mainan tidur dan kebanyakan pelakonnya adalah Syaitan Laknatullah.
Harus bijak mentafsir mimpi.
Tags: dosa, gambar bunga, mimpi, nikon, syaitan, tuhan
October 29th, 2008 at 8:33 am
[...] Tanya Tuhan jika tidak percaya. [...]
October 29th, 2008 at 9:00 am
baik sangat ke?
October 29th, 2008 at 9:12 am
Kerana tidak baiklah maka kita harus jadi baik. Tapi pelik kan, ada manusia yang sanggup memilih dosa dan neraka untuk mengiringi hidup mereka.
Paling memilukan, sanggup mengajak dan mendesak orang lain untuk mengikut jejaknya ke neraka. Apa jenis manusia agaknya orang ini?
October 29th, 2008 at 6:06 pm
sedar akan kelemahan diri, terasa terlalu kerdil berbanding kuasa yang tuhan miliki. sentiasa memperingati untuk memperbaiki diri dan sentiasa bermuhasabah.
terlalu rugi jika tidak memanfaatkan jangkamasa kehidupan yang dikurniakan. semoga apa yang kita lakukan mendapat rahmat dan diberkati.
October 30th, 2008 at 7:24 pm
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku yang lalu. Aku memohon keredzaanMu… bukakanlah pintu hatiku untuk berada bersama-sama orang-orang yang beriman!
October 31st, 2008 at 8:55 am
Megat : Tapi tidak semua orang peroleh hidayah untuk meninggalkan dosa yang dibuat. Padahal sudah banyak kejadian yang ‘tuhan balas secara tunai di dunia’ berlaku hari ini.
izrittzz : Alhamdulillah.
November 2nd, 2008 at 11:18 am
Sdr Ila. Sebenarnya Sdr miliki berapa blog?
November 2nd, 2008 at 5:09 pm
encik, saya miliki 2 blog cacamerba [psittacula.wordpress dan bayan.blogmas] dan satu blog yang agak bermakna [kumpulan puisi melayu tradisional]. Harap maklum. InsyaAllah, semuanya akan disatukan kelak.