Inspirasi Itu Dari Apa Yang Kita Rasa
Ya, inspirasi hadir daripada apa yang memberi sumbangan kepada kita. Sama ada ia baik atau buruk. Bagaimana jiwa dan peribadi kita menilainya dan akhirnya memberi sesuatu pada hidup. Itu inspirasi.
Selalunya orang akan pandang inspirasi sebagai sesuatu yang wujud akibat kita melihat atau menilai sesuatu yang baik-baik sahaja. Sebagai contoh, terpandang wajah ibu yang penuh ketenangan memberi inspirasi kepada si anak untuk berusaha menongkah pancaroba kehidupan. Ataupun menatap wajah gadis atau jejaka kesayangan memberi inspirasi untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna.
Sebenarnya inspirasi juga wujud akibat kesalahfahaman, konflik, dendam, sakit hati dan sebagainya yang bersifat negatif. Namun, istilah tersebut tidak akan jadi negatif jika kita melihatnya atau menanganinya dengan jiwa yang positif.
Seperti video klip di atas yang saya ambil dari blog seorang teman. Vidoe serupa ini banyak dihasilkan demi memberi inspirasi kepada mereka yang merasakan bahawa ‘dunia ini tidak adil’, ‘orang yang lemah jika mempunyai keazaman yang kuat akan berjaya seperti mereka yang lain, dan sebagainya.
Motivasi dan pengajaran yang dipaparkan sedikit sebanyak mampu memberi cahaya kepada mereka yang merasakan hidup dalam kegelapan.
Namun, harus diingat, bahawa segala yang ‘buruk-buruk’ yang berlaku tidak harus dijadikan dendam sehingga ke penghabisan. Dendam dan sakit hati yang berkampung dalam jiwa, alirkannya dalam bentuk yang positif. Dengan dendam dan sakit hati itu, kita mampu membentuk diri menjadi lebih kuat untuk berjaya.
Itu yang saya lakukan sehingga kini. Dan kemanisan dendam disertai kemaafan telah saya rasai.
Terima kasih kepada mereka yang ‘menjahanamkan’ sebahagian waktu remaja saya. Saya bangun dari kegagalan itu. Dan saya kenali diri serta mencapai apa yang saya impikan dengan dendam kepada kamu. Terima kasih.
Tags: bahasa isyarat, dendam, iklan pantene, inspirasi, motivasi, pekak dan bisu, youtube
October 23rd, 2008 at 3:32 pm
[...] klip di atas sangat menyentuh. Inspirasi. Saya temui di dalam blog [...]
October 24th, 2008 at 12:50 am
“Namun, harus diingat, bahawa segala yang ‘buruk-buruk’ yang berlaku tidak harus dijadikan dendam sehingga ke penghabisan. Dendam dan sakit hati yang berkampung dalam jiwa, alirkannya dalam bentuk yang positif. Dengan dendam dan sakit hati itu, kita mampu membentuk diri menjadi lebih kuat untuk berjaya.”
pegang pada itu saja sudah mencukupi.
October 27th, 2008 at 12:41 am
Mungkin juga aku pun perlu memohon maaf darimu, Bayan!
October 28th, 2008 at 10:43 pm
Thanks Q.
Mohon maaf untuk apa izrittz?
January 1st, 2009 at 12:53 am
nice video..:)
memaafkan memang lebih mulia
January 1st, 2009 at 9:12 pm
kang paryo, ya memang mulia memaafkan tapi tak mudah pujuk hati untuk redha memaafkan