Simpan Buku Dalam Otak

Simpan buku di rak. Isi kandungan buku simpan dalam otak!

Melihat situasi pendidikan di Malaysia masakini, saya beranggapan ramai pelajar yang tidak memahami konsep belajar sepenuhnya. Maka mereka yang sudah habis belajar akan menyimpan buku-buku mereka di dalam stor atau tersusun baik di atas rak. Sedangkan isi kandungannya tidak disimpan dalam otak.

Membaca buku ‘ A.Samad Said - Kehidupan Seorang Seniman Malaysia’ membuatkan saya kagum dengan gaya membaca sasterawan negara itu.

Buku terbitan wholesales Mart yang berharga hanya RM10 dengan paparan yang menarik disertai dua keping VCD mengenai kehidupan A. Samad Said sesungguhnya suatu nilai yang sangat besar.

Melalui bab 2 - Membaca, membaca, membaca dan bab 3 -Glancing, Study dan Leisure, kita dapat melihat kelainan A. Samad Said membaca dan memahami apa yang di baca. Kita harus belajar gaya ini yang membuatkan duit yang kita laburkan untuk membeli buku tidak tersia dengan hanya melonggokkan buku tersebut di atas rak.

Planet kreatif A. Samad Said iaitu ‘rumah buku’ beliau dipenuhi dengan pelbagai jenis buku dengan pelbagai jenis genre. Dan buku-bukunya tidak BERSIH!

Melihat diri saya, yang juga banyak membaca tetapi sering meninggalkan apa yang dibaca di luar otak. Buku-buku saya kemas dan bersih berbalut tanpa secalit catatan mengatakan bahawa apa yang saya baca tidak difahami sepenuhnya.

Ya, saya gagal sebagai seorang pembaca.

Mari mengenal persuratan Melayu.

Tags: , , , ,

One Response to “Simpan Buku Dalam Otak”

  1. Menanti Halaman Akhir… « Psittacula Alexandri Says:

    [...] teringat juga pesan Sasterawan Negara A. Samad Said bahawa yang mengayakan seseorang pembaca bukan selonggok buku yang ada dalam simpanannya tetapi [...]

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image