Bulan Puasa, Bulan Makan?

“Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat… di mana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah…” (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Di hotel-hotel, terpampang promosi berbuka puasa. Di televisyen, rancangan memasak dan ronda-ronda cari makan berlambak-lambak.  Di internet, katakunci  ‘makanan’ dan ‘resepi’ menjadi popular.

Jejaka, jadikan ‘berbuka’ sebagai alat untuk berjumpa si gadis.

Si wanita, bertungukus lumus memikirkan menu apakah yang akan menghiasi meja berbukanya.

Yang bekerjaya, jadualnya padat memenuhi undangan berbuka puasa.

Jumpa kawan, tanya, “nak berbuka di mana?”.

Bulan puasa ini, saya rasakan bukan bulan menahan lapar. Tetapi bulan makan-makan.

ketam.jpg

kuih.jpg

nasi.jpg

steamboat.jpg

Tags: , , , ,

One Response to “Bulan Puasa, Bulan Makan?”

  1. nickmenza Says:

    banyak faedah yang tersirat dalam ‘makan-makan’ ni. Bukan semata-mata makan sahaja.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image