Tanam Benih Yang Baik Untuk Jiwa
Letih sudah meratap hiba. Ini bukan perlakuan manusia yang bersyukur. Saya tahu itu.
Mengetahui kesudahan rumahtangga seorang teman yang agak menyedihkan, saya kuatkan jemari untuk menghantar pesanan ringkas kepadanya.
Bertanyakan khabar berbasa basi demi menutup kesilapan kerana telah melanggar peraturan bersahabat - seorang sahabat seharusnya sentiasa menyambung silaturrahim.
Maaf Syamsina, saya terlupakan kamu. Jarak geografi kita bukannya terlalu jauh. Mungkin hati dewasa saya memikirkan yang bukan-bukan tentang kamu sehingga lupa, dalam diri kamu ada saya dan begitu juga sebaliknya. Dan silaturrahim kita terputus.
Syamsina menjawab agak panjang. Menceritakan perihal dirinya yang bertukar status.
Katanya lagi, jangan dikejar apa yang kita suka, tapi sayangi apa yang kita ada.
Ya, saya hadam kata-kata itu untuk hidup saya. Terima kasih!
Tags: hidup
September 4th, 2008 at 4:46 am
ya setuju dengan kata-kata tersebut.
“sayangilah orang yang menyayangi diri kita”.
ps: dah lama x update blog eh!?
September 4th, 2008 at 11:10 am
encik Megat, ya, bulan ogos bulan yang sibuk. Berperang menuntut kemerdekaan diri barangkali. Sebab itulah jarang update. Lagipun blogmas macam tak berpenghulu je.
September 7th, 2008 at 2:21 am
Kadang-kadang kita terlupa … bahawa kita mempunyai ramai kawan. Kadang-kadang kita tersasul di antara ramai kawan ada juga yang musuh dalam selimut! Tapi syukur Alhamdulillah … setakat ini aku berkawan tidak mengira status … sesiapa saja! Dari tukang sapu, tukang pomen kereta sampai ke Dr … Profesor … YB … sebab mereka pun nak berkawan!
September 7th, 2008 at 2:27 am
ooo cerita pasal benih.. cerita dalam blog cik bayan ni penuh illusi.. perhh.. puasa tak hari ni cik bayan..
September 7th, 2008 at 6:56 am
izrittzz : Itu yang sebaiknya untuk hubungan sesama manusia yang berpanjangan.
Eddyra : Heheheh..puasa la. Ya, benih yang baik untuk jiwa ialah hati yang bersih dan akal yang waras.