Andai Ku Tahu…

tuhan.jpg

Andai saya tahu bila ajal saya, tidak perlu saya bertelagah dengan mereka tentang kematian saya yang saya rasa amat hampir masanya….

Sejak akhir-akhir ini, saya tidak menentu. Jiwa dan perasaan terasa semacam. Sudah beberapa hari tidak berselera menjamah walau apa jua makanan.

Sudah beberapa hari tidak berperasaan apabila melihat jualan murah di SOGO atau di mana-mana.

Sudah beberapa hari tidak menghiraukan baju yang akan dipakai di pejabat, tudung yang akan dipadankan dengan baju dan paling teruk hampir terlupa memakai pakaian dalam…

Kerja, banyak terbengkalai. Target untuk bulan ini kecamuk.

Saya rasa saya hampir menemui kematian. Saya katakan pada Jiji, Su, Eton, Azli, Boboy dan ramai lagi kawan-kawan pejabat.

Saya tak mahu makan bukan kerana diet. Saya tak mahu buat artikel bukan kerana kekeringan ilham. sya marah-marah dan kadangkala tidak marah bukan kerana datang haid.

Saya rasa saya buang tabiat a.k.a menemui ajal dalam masa terdekat ini.

Mereka marah dan buat muka. Saya tak faham.

Saya memang rasa saya akan menemui Tuhan dalam masa terdekat ini…

Sign Up Advertlets
Tags: , , ,

4 Responses to “Andai Ku Tahu…”

  1. izrittzz Says:

    Cik Bayan, cuba amalkan Ayat Qursi sebelum tidur… InsyaAllah! Saya pernah alaminya sedikit masa dulu dan saya amalkan Ayat Qursi sehingga sekarang. Jangan putus asa… mungkin Allah swt sedang menguji kita!

  2. ed Says:

    banyak bersabar cik bayan…sejak kebelakangan ini, saya pun mengalami perasaan seperti cik bayan…so saya bersabar je dan membuat aktiviti kesukaan utk melupakan apa yang terjadi walaupun payah…

  3. bayan Says:

    cikgu dan ed, Terima kasih atas semangat. Hidup ini mudah sebenarnya kan?

  4. ed Says:

    hidup ini mmg senang tapi manusia sendiri yang kadang kala merumitkan hidup ini…huhuhu

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image