Kenapa Tidak Awak Sahaja Yang Datang?

dsc_0346.JPG

Selamat pagi jejaka. Semoga matahari menyinari awak.

Selamat pagi gadis, saya perlukan awan sikit.

Awan dari pagi semalam berdemonstrasi di halaman rumah saya. Dan dalam rumah sekali. Hati sekali. semua-semua.

Sebab itu saya minta awan tu datang ke sini. Jangan ganggu awak. Dia kata boleh.

Tapi satu sahaja yang kata boleh. Dan kalau awak nak tahu di tangan mereka ada senjata yang bila-bila masa sahaja akan dihala tepat ke hati dan jantung saya.

Yang satu ni ketua dia. Dia akan pengaruh kawan-kawannya yang lain. Mungkin ada yang degil. Tapi saya minta bantuan angin sekali.

Awak ada lepaskan anak matahari ke sini ke? Bibir yang basah ini telah kering dan mula menguntum bunga-bunga senyum. Mata yang banjir juga telah mula surut bah nya.

ya, anak matahari tu tak mahu ke sekolah. Saya minta dia buat kerja yang bermanfaat sikit untuk awak.

Sangat comel. Terbakarkah saya jika ingin memeluknya dan memberi ciuman kecil padanya?

Saya minta dia bawa gambar saya sekali. Berikan pada gadis yang manis itu. Saya pesan dengan dia, “kalau gadis itu ingin memeluk dan menciummu, minta dia tampalkan gambar ini dimukamu sekali.

Hampes

Anak matahari dikawal suhunya. Pasti tidak terbakar kalau didekati.

Tapi baju yang saya pakai mula mencair. luruh dari tubuh. saya kesejukan. Dan anak matahari mula membeku.

Saya akan marah nanti dengan anak matahari. kenapa dia set semula suhunya jadi tinggi. Dan kenapa bakar gadis yang comel itu.

kenapa tidak awak sahaja yang datang?

Jangan sedih. Saya cari jalan nanti.

Anak matahari pula kebasahan. saya perlu memeluk dia, letak di dada. Sebelum tu topeng mukanya saya simpan bawah bantal.

Dan…Kenapa tidak awak sahaja yang datang?

Sign Up Advertlets
Tags:

One Response to “Kenapa Tidak Awak Sahaja Yang Datang?”

  1. Kiki Grindawangsa Says:

    awan yang cantik~
    :)

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image