Archive for January 18th, 2008

Dunia Baru Madihah

Posted in infotainment on January 18th, 2008 by bayan

Madihah memang sengal. Tak pernah saya jumpa watak begini dalam mana-mana drama atau cerita lawak. Dia cantik. Natural. dan sempoi.

Madihah adalah satu-satunya watak yang paling saya suka dalam drama bersiri Dunia Baru yang telah memasuki musim ke tiga. Sebelum ini saya tidak begitu gemar menonton drama begini - yang pelakonnya baru sekali dua beraksi, dan remaja dan temanya alam pengajian di universiti atau kolej.

Drama ini memang best. Dengar khabar, drama ini sedang difilemkan. Plotnya amat mudah. Kisah alam pengajian yang menemui pelbagai konflik seperti konflik dengan pensyarah, subjek yang diambil, proses pembelajaran dan sebagainya. Isu percintaan juga ada, tetapi pada pendapat saya cara yang digunakan untuk memaparkan isu cinta dalam drama ini tidak keterlaluan dan nampak semulajadi. Aspek minda pelajar yang inovatif dan kreatif juga diselitkan. Maknanya Drama ini berjaya dalam mengenengahkan pelbagai isu yang melingkari jiwa remaja.

Madihah [Ngasriah Ngasri] yang memegang watak seorang pelajar muda yang telah mendirikan rumahtangga dengan Darius[Iqram Dinzly]. Konflik wujud. Mereka remaja dan cara menanganinya pun benar-benar menunjukkan ketidakmatangan mereka. Hal ini boleh memberi pengajaran kepada penonton remaja yang mahu berkahwin muda. Ia tidaklah semudah yang disangka, dan watak Madihah serta Darius berjaya menggambarkan situasi betapa sukarnya membahagikan masa antara belajar dan kehidupan berumahtangga. But, it’s better than buat maksiat.

Selain Madihah dan Darius, watak lain juga berjaya dibawa dengan baik seperti watak Opie [Elyana], Muhammad Adif [Pierre Andre], Suzanna [Almy Nadia], Tajol [Elyas Abdullah], Anizah [Anita Baharom] dan ramai lagi. Cuma mungkin watak Suzanna perlu dibaiki. Agak melampau gayanya yang kononnya nampak menggoda dan manja.

Memperkatakan tentang Ngasriah, dia memang pelakon yang berbakat sejak kecil. Tak hairanlah dia pernah memenangi pelakon kanak-kanak terbaik. Dahulu, watak yang dibawanya agak streotype - anak yang kehilangan kasih sayang, hidup dalam keluarga yang susah, dan mesti ada babak-babak muka sedih dan air mata. Walau bagaimanapun, Ngasriah membawa wataknya dengan baik sepertimana abangnya (Ngasrizal) dan kakaknya (Ngasreen).

Mula-mula melihat watak Ngasriah dalam Dunia Baru Musim 1 dan 2, saya agak terkejut. Dia membawa watak yang berlainan dengan sebelumnya. Dan memasuki musim 3, watak Madihah yang dibawanya semakin terserlah dan mengundang gelak tawa dari penonton. Apa pun semoga Ngasriah berjaya dalam kerjaya dan memperbaiki kelemahannya dalam bidang lakonan dari semasa ke semasa. Semoga juga, apa yang dilakonkannya memberi manfaat kepada penonton.

Nak tonton drama ini sejak musim 1? Lawati laman ini.

Sign Up Advertlets