Televisyen Online

TV3 telah melancarkan TV3 Online. Mungkin juga ucapan tahniah boleh diberikan kepada TV3 dalam usaha melebarkan sayap siarannya.

Mungkin ini memberi peluang yang baik kepada mereka yang terlepas siaran rancangan kegemaran mereka. Ini bermakna tiada istilah ‘terlepas maklumat dan hiburan’ di kalangan masyarakat.

Bagi kakak-kakak yang terpaksa berebut dengan anak-anak di rumah untuk menonton samarinda atau apa-apa rancangan, TV3 online adalah penyelesaian yang baik sekalipun anda terpaksa mencuri waktu pejabat untuk melayarinya.

TV3 online membuktikan kepada masyarakat bahawa Tv3 merupakan satu-satunya tv swasta yang digemari ramai. Pelbagai perubahan dilakukan dari setahun ke setahun. Melayari TV3 secara online memberi banyak manfaat jika digunakan sebaiknya. Hampir semua rancangan dan program yang telah dan sedang ditayangkan di TV3 telah dionlinekan.

Saya tahu RTM juga telah melakukan hal yang sama kerana RTM juga bukanlah stesen penyiaran yang kecil. Namun bukan sepenuhnya iaitu bukan 24 jam online dan kadangkala mengalami capaian yang agak lambat dan mengelirukan. Baik radio atau televisyen, terasa bukan secara online. Mungkin saya yang masih tidak berjumpa atau mungkin ada kesilapan teknikal yang perlu diperbaiki segera.

Sebenarnya RTM bukanlah stesen yang rugi untuk ditonton. Rancangan- rancangan yang ditayangkan juga banyak yang berkualiti jika dibandingkan dengan mana-mana stesen penyiaran swasta yang lain. Program atau siaran bercorak dokumentari juga boleh dipuji. Drama-dramanya berkualiti cuma mungkin tidak sepopular drama di TV3. Saya juga percaya istilah popular di Malaysia tidak mengambil kira sangat aspek kualiti.

Kepada TV di Malaysia, tahniah kerana berusaha memberi yang terbaik kepada masyarakat walaupun masih banyak kelemahan perlu diperbaiki seperti pemilihan bentuk paparan yang kadang tidak sesuai dengan budaya Malaysia dan lain-lain.

Sign Up Advertlets

5 Responses to “Televisyen Online”

  1. ed Says:

    lagi suka tgok berita TV 3 cz dia org turun padang dan utamakan penonton especially Karam Singh Walia(kalau jadi ahli politik pasti ramai yang undi.hahaha) tapi RTM hanya lebih kepada politik…

  2. Saladin Convoy Says:

    Jangan dilupa TV9 pun ada menyediakan perkhidmatan yang sama. Alamat URL pun sama, cuma perlu ganti ‘3′ kepada ‘9′ saja, heheh…

  3. bayan Says:

    terima kasih saladin atas informasi. dan ed, setiap sesuatu ada agenda. betul kan?

  4. ed Says:

    hmmmm….

  5. fatiah Says:

    Terima kasih for info. Kalau kat sini dapat tengok TV3 tapi tak clear, jadi malas nak tengok. Sekarang no problemlah.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image