Archive for January 8th, 2008

Antara Sikap, Pengetahuan dan Kemahiran

Posted in life on January 8th, 2008 by bayan

Entri ini dihasilkan setelah membaca blog ini dan setelah mengaitkannya dengan kelas undang-undang di Metro Driving Academy ahad lepas.

Benarkah punca kemalangan di Malaysia ialah SIKAP pemandu?

Ahad yang lepas, saya menghadiri kelas undang-undang memandu di Metro Driving Academy. Dalam usia yang agak matang begini, saya merupakan antara calon yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Yang lain-lain adalah calon yang agak muda semuda 16 tahun, yang hadir ke kelas demi memenuhi keperluan untuk mendapatkan lesen L .

Sikap mereka semasa menerima dan menjawab persoalan dan isu di dalam kelas mengenai segala aspek dalam pemanduan termasuklah undang-undang pemanduan memberi keyakinan kepada saya bahawa bukan SIKAP yang menyebabkan mereka bakal bertemu kemalangan.

Mereka memperlekeh isu-isu kecil yang sebenarnya penting. Mereka tidak memberi tumpuan. Mereka tidur.

Tetapi saya tetap mengatakan bahawa bukan SIKAP yang menyebabkan mereka bakal bertemu dengan kemalangan.

Sikap itu sangat subjektif. Sikap sukar diubah. Maknanya sikap hadir dalam entiti yang berlainan dalam badan. Sikap ditentukan oleh entiti-entiti lain.

Dalam aspek pemanduan, sikap jatuh pada tempat ketiga apabila berlakunya kemalangan.

Pemanduan berhemah bermaksud apabila “kita tidak terlibat dalam kemalangan atau kita tidak mengakibatkan kemalangan”. Pendek kata ia bermaksud, kita tidak melanggar dan kita tidak dilanggar.

Pemanduan berhemah bererti kita mempunyai PENGETAHUAN, KEMAHIRAN dan yang ketiga barulah sikap.

Tidak kisah kamu ini pentingkan diri sendiri semasa di jalan raya. Kamu juga mungkin seorang yang panas baran dan kurang sabar. Mungkin juga kamu ini seorang yang sombong dan ego. Jangan risau, kamu masih boleh menggunakan jalan raya dan memandu kereta idaman kamu dengan bebas.

Yang dikisahkan dan harus kamu prihatin sebanarnya kamu harus berpengetahuan dan mempunyai kemahiran. Saya setuju dengan kata-kata ini.

Tidak kisah kamu fikir ini jalan kamu, tetapi kamu harus tahu caranya supaya kamu dapat menikmati jalan ini dengan baik tanpa diganggu orang dan mengganggu orang. Faham?

Pemanduan berhemah menuntut pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam aspek pemanduan itu sendiri. Cara memandu dengan baik, cara mengelakkan kemalangan, tanda-tanda dijalan raya yang harus difahami maksud dan kesannya dalam pemanduan dan sebagainya.

Jadi, adakah kamu, calon-calon muda yang terlentok dalam kelas tempoh hari, faham, bahawa sikap kamu itu tidak memberi makna apa-apa pada cikgu yang mengajar asalkan kamu berpengetahuan dan berkemahiran dalam pemanduan kelak.

Akhirnya saya nak tanya juga, adakah sikap kamu yang terlentok tempoh hari dapat memberi jaminan bahawa kelas yang penuh dengan ilmu dan kemahiran itu memberi input pada kamu?

Akhirnya, kita harus akui ketiga-tiga entiti ini amat penting - PENGETAHUAN, KEMAHIRAN dan SIKAP.