Apabila Islam Menjadi Agenda Politik

Dipetik dari BERNAMA, 4 Januari 2008

Kerajaan Pusat Janji Jadikan Kelantan Pusat Ketamadunan Islam

KUALA KRAI, 4 Jan (Bernama) — Kerajaan pusat berjanji akan menjadikan Kelantan sebagai pusat ketamadunan Islam yang terbilang sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali menerajui negeri itu daripada PAS selepas pilihan raya umum nanti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah awal dalam memperkasakan Islam ialah membina masjid kerana ia menjadi pusat tauhid kepada perkembangan Islam.

Beliau berkata walaupun sehingga kini BN masih belum memerintah Kelantan namun langkah membina masjid tetap diberi keutamaan sekalipun tewas pada pilihan raya umum dan jika BN menang projek memperkasakan masjid akan menjadi lebih lancar.

“Harap menanglah kerana ia akan melancarkan proses pembinaan masjid dan mempercepatkan pusat tamadun Islam di Kelantan,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah masjid baru An-Nur, Guchil, di sini Jumaat.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri seramai 2,000 orang ialah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Annuar Musa.

Najib berkata langkah yang telah diambil oleh kerajaan pusat dalam membina masjid merupakan tindakan berterusan untuk memperkasakan Islam.

Beliau berkata berbeza dengan PAS di Kelantan yang telah mentadbir Kelantan selama 18 tahun, yang digelar Serambi Mekah namun tiada sebuah masjid barupun dibina oleh kerajaan negeri pimpinan parti itu.

“Kalau ada pun masjid yang cuba dibina di Rantau Panjang semasa sambutan Jubli Perak tiga tahun lalu.”

“Tetapi sehingga kini projek itu belum lagi siap sepenuhnya dan masih tergendala. Di mana Islam yang dilaungkan PAS jika sebuah masjid pun tidak boleh dibina,” katanya.

Najib turut terharu dengan pembinaan masjid baru An-Nur kerana 40 tahun dahulu masjid asal berkenaan telah diluluskan peruntukan pembinaannya oleh ayah Najib, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu juga memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1968.

“Tersentuh hati selepas 40 tahun ayahanda saya datang untuk merasmikan masjid yang pada masa itu berharga RM35,000.”

“Kini yang saya luluskan (Kerajaan Pusat) kini berjumlah RM2.1 juta dan saya juga kini adalah Timbalan Perdana Menteri,” kata Najib.

*PERLUKAH?

Sign Up Advertlets

5 Responses to “Apabila Islam Menjadi Agenda Politik”

  1. Saladin Convoy Says:

    Perlukah?

    Haha, persoalannya di sini selain daripada itu ialah… apa tak mencapai piawaian “ketamadunan Islam” lagikah apa yang sudah dicapai di Kelantan?

    Lagi satu persoalan… kenapa hanya di Kelantan? Apa negeri lain di Malaysia ni tak layak jadi Pusat Ketamadunan Islam atau entah apalah artinya itu?

    Dah tahu dah jawapannya…. saja buat² tanya… ;)

  2. dekerinchi Says:

    salam bayan,

    Semua ini adalah gerak gempur, sempena PRU yang akan datang…

    Walauapapun, rakyat akan mendapat manfaat dalam pertarungan politik ini…

  3. bayan Says:

    dekerinchi, yup…saya tahu strategi itu. Maknanya nilai ikhlas dan tanggungjawab hanya soal kedua?

  4. oshieee Says:

    salam..cite2 pasal ketamadunana ni..ble tak bg tau apa tu ketamadunan.?

  5. bayan Says:

    secara harfiahnya, tamadun ialah keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau di dasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi. pemikiran dari aspek politik, sosial, budaya dll.

    tamadun ialah pemikiran dan budaya masyarakatnya.

    Mengapa Kelantan ingin dijadikan pusat ketamadunan islam? sedangkan Malaysia sendirikan sebuah negara Islam.

    ya, agenda politik ini menguntungkan rakyat. Tetapi nilai politik begini tidak bersih.

    Membangunkan negara dengan aspek strukturalnya tidak menjanjikan tamadun yang berkekalan. Kerana bangunan atau monumen itu pasti akan runtuh di telan zaman. Ketamadunan harus lebih difokuskan kepada pembangunan budaya dan pemikiran masyarakat. Supaya bangsa itu dikenali sampai bila-bila

    kekalkan dan konsisten dengan budaya masyarakat Malaysia yang asli dan dengan Islam sebagai agama rasmi tanpa mengenepikan agama-agama lain.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image