Menanti Pasti yang mengelirukan!
Posted in infotainment on January 30th, 2008 by bayan
Kegelapan malam ini menyesakkan jiwa
tanpa bintang untuk aku mimpikan mimpimu
aku… merindu indah bulan
menyuluh kelam malam
mengharap bintang akan bersinar
kesepian hati ini mengundang derita
penantian satu seksa bila tanpa balas
aku… menanti kata hati
darimu satu pasti
mengharap mimpi akan hakiki
Korus:
Cinta
bisikkanlah asmaraku
padanya gelora di kalbu
hembusan nafas ini hanyalah kepadanya
mencintai setulus hati
Cinta
bukakanlah asmaranya
padaku setia menunggu
antara kau dan aku ada persamaan
untuk cinta bersemi nanti
andai ada di hatimu….
ruang cinta itu
kan ku simpan anugerah
ke akhir hayatku
menanti pasti….
Saya suka lagu ini. Berentak waltz. Penulis liriknya Abie Abdullah dan pencipta lagunya, Ajai. Video klip dibuat dengan usahasama pengkarya dari Indonesia.
Tapi sesuatu yang mengelirukan telah berlaku pada penyampaian lagu ini menerusi video klipnya. Saya tidak tahu pengarah video yang tidak prihatin atau Siti yang silap menghayati.
Lagu menanti pasti - mengikut penafsiran saya ialah tentang jiwa lara seorang gadis terhadap kekasihnya. Hubungan ini pastinya baru bermula dan masih melalui proses suai kenal. Pastinya juga lagu ini menceritakan tentang hal-hal yang masih menjadi tanda tanya dan ragu-ragu dihati si gadis untuk kekasihnya dan begitu juga sebaliknya. Lihat saja lirik ini yang menunjukkan ketidakpastian cinta:
Cinta
bukakanlah asmaranya
padaku setia menunggu
antara kau dan aku ada persamaan
untuk cinta bersemi nanti
Pada pendapat saya juga dalam video ini, wajah siti yang senyum meleret membayangkan yang si gadis sedang bahagia menikmati cintanya. Tetapi sangat berlawanan dengan pemaparan lakonan gadis dalam video itu yang sedang berkonflik dengan pasangannya.
Saya cuba mengulang tayang video itu, tapi masih tidak faham. Adakah Siti yang silap penghayatan atau ada maksud lain disebalik lakonan pasangan kekasih dalam video klip itu.
Saya mengikuti kerjaya seni Siti. Tetapi bukanlah obses. sejak awal pembabitannya dalam bidang seni, Siti sering menjadi korban orang sekelilingnya.
Pakaian Siti banyak yang diperlekehkan kesesuaiannya. Ya, itu saya setuju. Sejak dahulu hingga kini.
Video klip lagu-lagu beliau [terutama tahun 2000 ke bawah] juga dibuat seperti cincai-cincai. Video klip yang cantik dan menarik selalunya dengan usahasama pengkarya dari Indonesia, jurugambar dari luar dan juga berlatarbelakngkan bukan Malaysia.
Akibatnya, penyanyi berbakat ini tidak dianggap international walaupun pencapaiannya dan kejayaannya amat membanggakan.


