Orang Minyak
Saya jarang menonton filem Melayu di Malaysia. Jangan tanya mengapa. Baru-baru ini atau lebih tepat lagi bulan lepas dunia perfileman dimeriahkan lagi dengan kehadiran filem terbaru iaitu Orang Minyak. Dan saya tidak menonton filem itu.
Baca sinopsisnya di sini, sini, dan ulasannya di sini.
Menurut pengarahnya, cerita orang minyak versi moden ini memang berbeza dengan Sumpahan Orang Minyak yang difilemkan oleh P.Ramlee dahulu. Itu juga yang diucapkan oleh penonton yang telah menonton filem Orang Minyak ini. Kata mereka cerita yang dipaparkan tidak begitu baik dari aspek visualnya, audio dan kesinambungan.
Saya tidak pelik dengan komen-komen yang berkaitan dengan filem Melayu di Malaysia. Memang itu cara kerjanya. Mungkin juga pembikin filem di Malaysia harus lebih tekun menyelidik agar filem kita lebih dihargai oleh rakyat sendiri, kalaupun bukan penonton dari luar Malaysia.
Seketika mengimbas pertama kali saya mendengar nama filem ini, fikiran saya tertanya :
” Sudah pasti suatu cabaran yang berat buat orang minyak moden ini mencari seramai 21 orang anak dara berbanding dengan orang minyak tahun 1956 itu kan? Mesti orang minyak zaman moden memerlukan masa yang panjang untuk mencari anak dara. Ramai lagi ke anak dara kat Malaysia ni?”


December 6th, 2007 at 4:35 pm
mak aih! ayat tanya last sekali tu ala-ala takde insurans tu!
December 6th, 2007 at 4:42 pm
haha.. aku setuju. tang soklan terakhir tu mmg mcm takder insuran jek.
December 6th, 2007 at 4:47 pm
humang aih! ayat yang last tu killer words tol!
December 6th, 2007 at 4:50 pm
Eh…td xde..ni ada…sori la komen ada dua lak! tanda tekejut beruks! hehehehe
December 7th, 2007 at 2:19 pm
soalan yang pedih dan perit kan? Siapa berani Jawab?