Archive for December 6th, 2007

Orang Minyak

Posted in semasa on December 6th, 2007 by bayan

 orang-minyak.jpg

Saya jarang menonton filem Melayu di Malaysia. Jangan tanya mengapa. Baru-baru ini atau lebih tepat lagi bulan lepas dunia perfileman dimeriahkan lagi dengan kehadiran filem terbaru iaitu Orang Minyak. Dan saya tidak menonton filem itu.

Baca sinopsisnya di sini, sini, dan ulasannya di sini.

 filemgambarphp.jpg

Menurut pengarahnya, cerita orang minyak versi moden ini memang berbeza dengan Sumpahan Orang Minyak yang difilemkan oleh P.Ramlee dahulu. Itu juga yang diucapkan oleh penonton yang telah menonton filem Orang Minyak ini. Kata mereka cerita yang dipaparkan tidak begitu baik dari aspek visualnya, audio dan kesinambungan.

Saya tidak pelik dengan komen-komen yang berkaitan dengan filem Melayu di Malaysia. Memang itu cara kerjanya. Mungkin juga pembikin filem di Malaysia harus lebih tekun menyelidik agar filem kita lebih dihargai oleh rakyat sendiri, kalaupun bukan penonton dari luar Malaysia.

Seketika mengimbas pertama kali saya mendengar nama filem ini, fikiran saya tertanya :

” Sudah pasti suatu cabaran yang berat buat orang minyak moden ini mencari seramai 21 orang anak dara berbanding dengan orang minyak tahun 1956 itu kan? Mesti orang minyak zaman moden memerlukan masa yang panjang untuk mencari anak dara. Ramai lagi ke anak dara kat Malaysia ni?”