Blogmas Wajah Baharu

Blogmas telah menjadi kampung kedua saya selepas wordpress. Masalah yang melanda blogmas dari aspek plugin dan masalah-masalah lain membuatkan saya tidak yakin dengan Blogmas. Apa yang saya kongsikan di dalam blog saya juga hanyalah isu ala kadar dan main-main. Itu semua demi memastikan saya tidak mengalami kekecewaan yang teruk jika blogmas tiba-tiba tidak boleh berfungsi.

Sudah 4 bulan saya berdamping dengan blogmas. Di awal kemunculannya, blogmas biasa-biasa sahaja. Tetapi atas usaha tiada belah bahagi dan perbincangan dari pelbagai latar belakang moderator, blogmas berjaya menapak dari satu tangga ke satu tangga. Berbekalkan keistimewaannya yang meletakkan iklan, dan memiliki koleksi theme yang pelbagai, blogmas boleh dikategorikan sebagai ‘alternative free blog provider’ yang berjaya dan ‘user-friendly’ yang baik.

blogmas.JPG

blogmas-alternative-free-blog-provider_1196837267238.png

Kenapa saya memuja dan memuji blogmas? Maaf, saya tidak dibayar untuk memuji blogmas. Tetapi ini adalah pendapat peribadi tentang keupayaan blogmas. Saya berazam mulai minggu depan, saya akan cuba mengaktifkan blogmas sebaik mungkin dan mempromosikan blogmas kepada rakan-rakan yang lain.

Kenapa minggu depan? Sebab minggu ni saya sibuk dengan urusan membungkus-mengotakkan barang-barang untuk berpindah ke bangunan pejabat baharu. Semoga talian internet di sana telah sempurna.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image