Archive for December, 2007

Jika Rumah Itu Syurga…

Posted in life on December 31st, 2007 by bayan

 585706q53cm0zj7x.gif

Kata orang rumah adalah syurga bagi penghuninya. Benarkah? Kenyataan itu sungguh subjektif. Syurga yang bagaimana yang diimpikan oleh penghuninya?

Syurga itu adalah rumahku. Akan aku hiasinya dengan rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Syurga itu dapat kucapai jika ahli keluargaku berpaksi kepada tiang agama, menjadikan al-Quran sebagai pegangan dalam melayari badai kehidupan. Akan ku hiasi syurga ini dengan senyuman yang manis dan kesabaran yang tinggi dari bidadari-bidadariku [isteri dan anak-anak perempuan]. Akan ku harumi syurga ini dengan wangian dari nilai-nilai mulia yang kami amalkan. Akan kupelihara syurga ini agar generasiku dalam menghayati keindahannya, kenikmatannya serta kebahagiannya.”

“rumahku adalah syurgaku. Apa yang aku lakukan adalah kehendakku. Sesiapa pun tidak berhak menghalang apa yang ingin kulakukan. kerana ini adalah syurgaku. Perempuan yang menemaniku setiap masa adalah bidadariku. Tiada orang yang mengganggu itulah impianku dalam mengindahkan lagi syurga ini. Syurga ini akan kupenuhi dengan perkara-perkara [arak, dadah, perempuan] yang boleh melupakan aku dengan kepenatan, kesengsaraan.”

Kedua-dua dialog di atas menggambarkan dua situasi yang berbeza yang menunjukkan perkataan syurga sendiri mempunyai konotasi yang pelbagai kepada setiap individu. Tanpa kewarasan fikiran, syurga manakah yang layak buat kamu?

Sign Up Advertlets

Aduhai, Siapa Yang Keletah?

Posted in semasa on December 24th, 2007 by bayan

Pertama kali bersantai depan televisyen petang Sabtu yang lalu. TV3. Keletahnya Dia! Bersama Nespray.  Rancangan itu membuatkan saya memberi reaksi yang pelbagai melalui lisan dan mimik wajah.

keletahnya-dia.jpg

Ya, Memang rancangan itu sudah mengundang kontroversi kerana dikatakan meniru konsep yang di bawa oleh Aznil Hj. Nawawi melalui rancangannya, Tom-Tom Bak.

Najip Ali, bekas pengacara Asia Bagus, tidak begitu bagus mengacarakan rancangan itu, disamping pengisian rancangan itu sendiri yang agak hambar dan tidak ‘catchy’ untuk ditonton seisi keluarga.

Najip Ali dilihat kurang ‘homework’ untuk menunjukkan dia seorang yang sukakan kanak-kanak. dia juga seperti kadangkala ‘putus kata’ kerana mengikut skrip. Suasana semulajadi yang harus wujud dalam dunia kanak-kanak tidak ada dalam rancangan ini.

Minggu lepas juga, skrip (atau Najip sendiri yang cipta soalan), bertanyakan tentang soalan mas kahwin pada kanak-kanak yang berusia 4 dan 5 tahun. Soalan itu mungkin sengaja ingin menguji tahap pemikiran dan pengetahuan si cilik tentang dunia orang dewasa. Tak salah.

Namun, dunia kanak-kanak sangat luas, dan banyak perkara yang lebih penting yang harus ditanyakan kepada kanak-kanak seperti cita-cita, kawan-kawan, permainan yang digemari, nama ibu atau bapa, minta mereka cerita tentang kampung halaman dan sebagainya. Soalan tentang mas kahwin tak sesuai ditanyakan kepada mereka. itu pendapat saya.

Pihak di sebalik tabir rancangan ini seperti pengarah, penulis skrip, pengacara  dan sesiapa sahaja yang terlibat harus mencontohi beberapa rancangan lain yang seumpamanya. Mencontohi bukan meniru. Membuat penyelidikan yang rapi dan mengkaji semula setiap apa yang telah dilakukan sebelum ini. Memasukkan elemen yang bersangkutan psikologi kanak-kanak boleh dikaitkan dengan minuman susu Nespray yang menjadi penaja utama rancangan ini.

Dipercayai rancangan ini telah di siarkan beberapa minggu yang lalu dan telah menerima pelbagai kritikan dan pandangan dari pelbagai pihak. Namun, perjalanan rancangan ini tetap sama. Tiada perubahan mahupun penambahbaikan.

Memang saya banyak pilihan untuk tidak menonton rancangan sebegini. Tetapi, alangkah sayangnya, kerana peluang yang diberi tidak digunakan sebaiknya untuk mendidik dan memberi input kepada masyarakat.

Pindah dan Hijrah

Posted in semasa on December 7th, 2007 by bayan

Minggu depan saya mula berpindah ke pejabat baru yang difahamkan masih belum ada talian internet. Nampaknya aktiviti saya terhad. Tapi tak apa, boleh rehatkan minda.

Pejabat baru yang terletak di tengah-tengah antara bangunan pusat membeli belah dan hotel sudah pasti memberi banyak ruang untuk saya mencari bahan artikel. Semoga perpindahan ini menjadi suatu hijrah yang bermakna untuk minda dan kerjaya.

Ingin berkongsi gambar lucu yang diambil dari blog seorang teman… 

mikeoffice1-small.jpg

mikeoffice2-small.jpg

mikeoffice3-small.jpg

mikeoffice4-small.jpg mikeoffice5-small.jpg mikeoffice6-small.jpg

mikeoffice7-small.jpg  mikeoffice8-small.jpg mikeoffice9-small.jpg

mikeoffice10-small.jpg

Orang Minyak

Posted in semasa on December 6th, 2007 by bayan

 orang-minyak.jpg

Saya jarang menonton filem Melayu di Malaysia. Jangan tanya mengapa. Baru-baru ini atau lebih tepat lagi bulan lepas dunia perfileman dimeriahkan lagi dengan kehadiran filem terbaru iaitu Orang Minyak. Dan saya tidak menonton filem itu.

Baca sinopsisnya di sini, sini, dan ulasannya di sini.

 filemgambarphp.jpg

Menurut pengarahnya, cerita orang minyak versi moden ini memang berbeza dengan Sumpahan Orang Minyak yang difilemkan oleh P.Ramlee dahulu. Itu juga yang diucapkan oleh penonton yang telah menonton filem Orang Minyak ini. Kata mereka cerita yang dipaparkan tidak begitu baik dari aspek visualnya, audio dan kesinambungan.

Saya tidak pelik dengan komen-komen yang berkaitan dengan filem Melayu di Malaysia. Memang itu cara kerjanya. Mungkin juga pembikin filem di Malaysia harus lebih tekun menyelidik agar filem kita lebih dihargai oleh rakyat sendiri, kalaupun bukan penonton dari luar Malaysia.

Seketika mengimbas pertama kali saya mendengar nama filem ini, fikiran saya tertanya :

” Sudah pasti suatu cabaran yang berat buat orang minyak moden ini mencari seramai 21 orang anak dara berbanding dengan orang minyak tahun 1956 itu kan? Mesti orang minyak zaman moden memerlukan masa yang panjang untuk mencari anak dara. Ramai lagi ke anak dara kat Malaysia ni?”

Blogmas Wajah Baharu

Posted in semasa on December 5th, 2007 by bayan

Blogmas telah menjadi kampung kedua saya selepas wordpress. Masalah yang melanda blogmas dari aspek plugin dan masalah-masalah lain membuatkan saya tidak yakin dengan Blogmas. Apa yang saya kongsikan di dalam blog saya juga hanyalah isu ala kadar dan main-main. Itu semua demi memastikan saya tidak mengalami kekecewaan yang teruk jika blogmas tiba-tiba tidak boleh berfungsi.

Sudah 4 bulan saya berdamping dengan blogmas. Di awal kemunculannya, blogmas biasa-biasa sahaja. Tetapi atas usaha tiada belah bahagi dan perbincangan dari pelbagai latar belakang moderator, blogmas berjaya menapak dari satu tangga ke satu tangga. Berbekalkan keistimewaannya yang meletakkan iklan, dan memiliki koleksi theme yang pelbagai, blogmas boleh dikategorikan sebagai ‘alternative free blog provider’ yang berjaya dan ‘user-friendly’ yang baik.

blogmas.JPG

blogmas-alternative-free-blog-provider_1196837267238.png

Kenapa saya memuja dan memuji blogmas? Maaf, saya tidak dibayar untuk memuji blogmas. Tetapi ini adalah pendapat peribadi tentang keupayaan blogmas. Saya berazam mulai minggu depan, saya akan cuba mengaktifkan blogmas sebaik mungkin dan mempromosikan blogmas kepada rakan-rakan yang lain.

Kenapa minggu depan? Sebab minggu ni saya sibuk dengan urusan membungkus-mengotakkan barang-barang untuk berpindah ke bangunan pejabat baharu. Semoga talian internet di sana telah sempurna.