Majlis Kahwin Kosong
Masih di dalam bulan Syawal. Cuti yang panjang memberi peluang kepada mereka yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan. Memang banyak majlis kahwin yang di adakan. Raya kedua sudah ada majlis kahwin yang perlu dihadiri.
Tersepit antara majlis rumah terbuka yang memang secara tradisinya dibuat pada hari raya kedua oleh keluarga saya, membuatkan saya memandang sepi undangan seorang rakan lama yang akan menamatkan zaman bujangnya pada hari tersebut.
Cuti raya selama 12 hari membuatkan saya berhari raya dengan agak aman berselang seli dengan undangan majlis kahwin dari sanak saudara dan jiran tetangga.
Ucapan raya bertukar menjadi ucapan tahniah kepada pasangan pengantin. Duit raya dan hadiah kahwin memeningkan kepala seketika. Pagi beraya rumah pakcik, petang pula menghadiri majlis kahwin anak makcik.
Dan semalam saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu kepada emak. Jaraknya tidak berapa jauh, namun, saya pergi dengan hati yang separuh-setengah, kerana saya bercadang mahu bertolak balik ke Kuala Lumpur awal sedikit dengan andaian jalan akan jem.
Emak menyebut semula tentang silaturrahim yang saya canangkan sebelum ini kepada adik-adik yang tak mahu menemani emak dan abah ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga.
SILATURRAHIM. Itu yang saya selalu tekankan. Dan kini saya kena buktikan yang saya juga mementingkan silaturrahim dengan menghadiri majlis kahwin itu.
Perjalanan mengambil masa setengah jam. Majlis dibuat di Dewan Serbaguna. Persiapan sangat menawan. Maksud saya, pelamin yang berwarna keemasan, bunga pahar yang cantik dan bunga-bungaan yang menghiasi sepanjang laluan masuk dalam dewan sehingga ke pelamin di atas pentas. MAAF, tiada gambar kerana hati yang separuh-setengah tadi tak mengingatkan akal supaya membawa kamera.
Setelah duduk dan mengambil hidangan saya mula menyuap makanan dan menikmati pemandangan majlis ini.
Silaturrahim apakah yang boleh saya jalinkan apabila sang DJ memutarkan lagu sebegitu kuat sehingga abah di sebelah bercakap dengan emak dengan suara yang menjerit-jerit?
Silaturrahim apakah yang boleh saya kukuhkan jika sang penyanyi menyanyi dengan separuh mati, berpakaian seksi sambil bergelek menyanyikan lagu Bossanova. Pakcik ternganga dan makcik menjengilkan mata.
Setelah dua tiga lagu di dendangkan, si penyanyi dan Dj berhenti seketika untuk menjamah makanan. Saya fikir, alhamdulillah buat seketika saya boleh menerpa ke arah nenek dan pakcik makcik saudara dan mengikat semula silaturrahim yang terhurai akibat kesibukan masing-masing dengan hal duniawi.
Aduhai, sang DJ, memang dibayar. Jadi dia meninggalkan mejanya dengan lagu-lagu yang dipasang terlalu kuat.
Abah tak tahan menekup telinga. Emak yang suka berbual pula kering gusi kerana terpaksa cakap dengan kuat dan KUAT. Akibatnya, kami balik sebelum pengantin bersanding.
Silaturrahim yang sepatutnya wujud dan berkembang mekar dalam majlis sebegini, KOSONG dan MATI.
Kerana itulah, Islam telah mensyariatkan agar majlis perkahwinan dilaksanakan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berhibur. Tujuan asalnya adalah untuk mengikat silaturrahim bukan sahaja untuk si pengantin dan pasangannya serta mengukuhkan ikatan dua keluarga, malah, tetamu dan sanak saudara yang hadir juga dapat bertemu mata dan menjalinkan ikatan silaturrahim yang sangat banyak manfaatnya.
Kita membelanjakan duit yang banyak bagi majlis yang hebat dan menarik untuk menghiburkan tetamu dan sanak saudara [yang kadangkala memuaskan hati sendiri sahaja]. Kita korbankan nilai silaturrahim dengan menabur wang kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada sifat mementingkan diri sendiri, dosa dan maksiat.
Itu yang selalu kita lupa! ![]()

October 23rd, 2007 at 10:57 am
[...] ini saya menulis satu entri yang juga berkaitan dengan kosong iaitu jiwa yang kosong dan majlis kahwin yang kosong. Senibina menurut Kamus Dewan adalah seni mengenai bangunan [penyediaan reka bentuk dan penyeliaan [...]
October 23rd, 2007 at 6:48 pm
erm…btul gak tp kadang2 tu dah jd tradisi org tua kita. bayan, dulu masa sy nak kahwin, sy ada gak ckp kat org tua nak buat secara sederhana. elakkan pembaziran tp org tua sy nak buat besar-besaran krn sy anak sulung dan merupakan majlis perkahwinan yg pertama dlm famili sy.
akhirnya sy terpaksa akur krn memikirkan org tua sy yg telah banyak berjasa membesarkan sy. lg pun majlis perkahwinan merupakan perkara terakhir yg mereka buat utk sy sblm sy mempunyai famili sendiri jd sy serahkan 100% pada mereka bagaimana org tua sy nak buat.
October 24th, 2007 at 3:05 am
cik bayan bila pula nak kahwin..
October 24th, 2007 at 10:07 am
encik admin : tak salah kalau nak buat besar-besar, tapi harap ia benar-benar mengikut ketetapan dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.
eddyra : hehehehhe dan hikhikhikhiik…
October 24th, 2007 at 3:54 pm
kalau hik hik hik tu ikut firasat orang-orang tua, maknanya setuju la tu..
October 25th, 2007 at 9:37 am
yer ker…ermmm… kalau cam tu saya ketawa cam ni…hohohohohoho…
October 31st, 2007 at 10:16 am
[...] *aku ambik kat blog ni [...]