Hati dan Wajah Kita Semakin Berbeza

2007-31-stadium-merdeka-merdeka-1360.JPG

Manusia. Banyak ragamnya. Rupa paras berbeza. Rambut yang hitam sudah pun banyak warna - bukan warna yang membezakan usia, tapi membezakan citarasa dan budaya. Budaya yang berbeza itu pula bukan diwarisi oleh nenek moyang tetapi budaya yang dicipta dalam diri sendiri.

Dulu semasa zaman kanak-kanak, tidak pernah terfikir tentang perbezaan budaya dan warna kulit. Agama berbeza, itu saya tahu. Mak dan abah didik saya sebaik mungkin tentang hal perbezaan agama. Namun, perbezaan itu tidak merencatkan hubungan antara kawan-kawan sama ada di sekolah atau di kejiranan.

Apabila menginjak ke usia dewasa. Perbezaan ada di mana-mana. Warna kulit sudah tidak melambangkan bangsa seseorang [kahwin campur yang berleluasa, tidak salah rasanya kan..] Warna rambut seperti warna pensil luna yang beraneka warna. Segala macam warna rambut boleh di pilih. Pakaian juga sudah tidak boleh menggambarkan agama dan bangsa seseorang. Apatah lagi cara bercakap, bergaul atau cara berfikir.

Dan lebih terasa perbezaan itu apabila senyum sudah tidak berbalas, mata mencari titik pandangan yang berbeza manakala dunia semakin dirasai berpecah-pecah walaupun udara yang dihirup adalah udara yang sama, bumi yang dipijak itu sama, langit yang dijunjung juga sama. Matahari dan bulan yang menghiasi bumi juga tiada dua atau tiganya.

TOLAK ANSUR dan MAAF sudah mati! Ya, itu yang saya pasti. Silaturrahim menjadi sunah paling tidak diminati. Hal-hal remeh menjadi pergaduhan dan pertikaian. Meluahkan maaf seolah-olah menjerut leher ke tali gantung.

Kita semua memang berbeza. Lemas dan letih dengan perbezaan yang sengaja dibuat-buat demi menegakkan budaya dan anutan diri sendiri.

Zaman kanak-kanak memang seronok. Tengok sahaja iklan-iklan di televisyen sekarang ni. Pemikiran kanak-kanak diambil sebagai subjek kepada sesuatu mesej nasional yang hendak di sampaikan. Susah sangatkah hendak menjadi contoh kepada kanak-kanak dalam usaha mengajar erti perpaduan, kesopanan dan kasih sayang?

Banyak perkara kita lupa yang kita sebenarnya tak ubah seperti kanak-kanak. Malah mereka lebih dewasa dalam menanggap sesuatu isu. :cry:

Sign Up Advertlets

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image