Tag 7 : Hari Raya
Saya Tidak di tag oleh sesiapa. Tapi tag ini saja-saja saya nak jawab memandangkan topik berkaitan dengan mood raya.
Apa erti Hari Raya pada korang??
Jawapan tak jujur : Hari untuk meraikan kemenangan setelah berjaya berpuasa [walaupun tak cukup sebulan] dan tak ‘berkawan’ dengan syaitan selama sebulan.
Jawapan jujur : Hari untuk berjumpa dengan saudara mara [mintak duit raya] dan jumpa kawan-kawan lama [nak tengok camna rupa mereka dan kejayaan mereka dalam hidup]. Hari Raya adalah hari untuk makan ketupat yang original, lauk pauk dan kuih-kuih yang pelbagai, hari istimewa yang boleh dijadikan alasan untuk beli baju banyak-banyak dan nak lihat keadaan bekas pakwe.
Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma?
- Sembahyang raya
- ziarah pusara
- Tangan kanan menyedia makanan dan kuih manakala tangan kiri pula menyumbat makanan dalam mulut.
- Menyeterika baju seluruh ahli keluarga.
- Melayan tetamu [saya suka layan tetamu].
- Tengok TV sambil makan ketupat campur kuah lodeh + kuah kacang + sambal goreng
Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar??
Buat-buat pernah…lepas tu buat-buat cerita kat adik-adik untuk dijadikan tauladan
Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat??
RM 268.45 sen dan semakin menurun jumlahnya berikutan meningkatnya usia. (40 sen tu rembat dari tabung adik, 5 sen jumpa kat tepi jalan dalam perjalanan balik beraya)
Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya??
Kuih tat nenas dan dodol
Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan
Gambar masa rumah terbuka. kawan-kawan ramai datang bawak anak-anak..meriah dan jeles.
Nak tag affuan. Kenapa tah!
Sumber : Musnaz → nikmenza  → bayan
October 3rd, 2007 at 2:06 pm
Kenapa ntah aku selalu kena. Haha. Dalam marah2 kat hosting pun, aku kena jawab gak la ni. Ekeke.
October 3rd, 2007 at 2:10 pm
sebab awak pelik kot..hehehe
October 3rd, 2007 at 2:15 pm
haha menarik
October 3rd, 2007 at 2:40 pm
[...] tengah marah ni, ader plak orang tag aku yer? Ekeke. Nak kena Cik Bayan nih. Aku upah penggila wanita kang gi masuk meminang. [...]
October 3rd, 2007 at 2:42 pm
Apa pelik plak? Cuba terangkan. Ekeke.
October 3rd, 2007 at 3:02 pm
emosi awak tak stabil. melalui psikoanalisis yang saya buat, saya mendapati awak mempunyai banyak watak dan perwatakan. mungkin pembebel is another side of u…kan? kan?
October 3rd, 2007 at 4:21 pm
Elleh. Mana ader. Ramai lagi yang tak tahu rupanya. Ekeke.
November 13th, 2007 at 5:16 pm
ermmm.. mcm kenal mamat yg pegang budak tuh..
elly eh ? staff um.. kat akademi pengajian melayu ??
uhuhuuhu.. keciknyeh dunia neh!
November 14th, 2007 at 10:18 am
ha ah…Ally R.D. ucu ni saper ek? saya kenal ke?
November 14th, 2007 at 1:04 pm
heh~ tak kenal kot kita neh rasanyeh…
tapi budak Ally tu mmg sy kenal la.. couple ngan my opismet.. ahahha
actually, klik link dr bro eddyra nye blog.. sesaje jalan.. singgah-singgah ..
tak dpt melancong luar negara.. dlm ni pun jadik la, baca experience org.. ehehe…
layannn…
November 15th, 2007 at 9:16 am
saya dah lawat uculesung. rasa cam kenal, tapi tak apa lah. apa pun, selamat berkenalan, semoga ukhuwah yang terjalin menjanjikan sesuatu yang bermanfaat buat kita.