“Saya Sibuk Mengemas La”
“Saya sibuk mengemas la”
“ok”
Saya hairan, mengapa semua orang sibuk mengemas untuk menyambut raya? Bukankah mengemas itu perlu dilakukan selalu - seminggu sekali atau setiap hari, dan bukannya setahun sekali.
Balik kampung, emak bising-bising sebab rumah tak kemas lagi.
“Nak kemas macam mana? Ni dah kemas la ni” kata adik yang memang pemalas dan sedang menonton Spongebob.
“susun atur perabot tu balik, lap tingkap, kipas, lantai, susun atur pasu bunga, cantas pokok bunga mana yang patut, sawang-sawang bersihkan, bla…bla…” emak membebel.
Alahai, semua dah kemas. Memang kemas dan nampak tenang di mata. Tapi paradigma emak dan juga kebanyakan orang bahawa raya mesti disambut dengan kesempurnaan. Kalau boleh nak tukar semua barang kepada yang baru.
Hari ini, di pejabat juga sibuk-sibuk mengemas dan menghias. Kalau menghias kira ok la juga. Hias dengan kad-kad raya, gantung-gantung kertas yang berkilat-kilat dengan ucapan selamat hari raya. Lepas tu gaduh-gaduh sebab bercanggah pendapat tentang ‘mana nak gantung kertas tu’. Lepas tu urusan pejabat dah tergendala. Nak minta borang pelepasan cuti pun diminta tunggu sebentar…seminit…dua minit….
Rumah saya tak berkemas. Memang dah kemas. Nak hias dengan apa? Mural?
“Hello…Assalamualaikum Nurul..aku nak ajak…”
“Alahai, aku tengah kemas rumah laa..”
erm…kemas rumah? sampai tak sempat jawab salam..
Tertekan…semua orang tengah mengemas. Kan bagus kalau semua orang sedang mengatur rancangan bagaimana mahu mengeratkan lagi silaturrahim sempena raya yang bakal menjelang, merencana tempat-tempat [rumah saudra mara] yang bakal dikunjungi ataupun pejabat-pejabat mengatur program ‘pejabat terbuka’ dengan makanan yang enak-enak.. [aliran fikiran orang yang sedang berpuasa - bercelaru]
