Archive for October 3rd, 2007

Tag 7 : Hari Raya

Posted in life on October 3rd, 2007 by bayan

Saya Tidak di tag oleh sesiapa. Tapi tag ini saja-saja saya nak jawab memandangkan topik berkaitan dengan mood raya.

Apa erti Hari Raya pada korang??

Jawapan tak jujur : Hari untuk meraikan kemenangan setelah berjaya berpuasa [walaupun tak cukup sebulan] dan tak ‘berkawan’ dengan syaitan selama sebulan.

Jawapan jujur : Hari untuk berjumpa dengan saudara mara [mintak duit raya] dan jumpa kawan-kawan lama [nak tengok camna rupa mereka dan kejayaan mereka dalam hidup]. Hari Raya adalah hari untuk makan ketupat yang original, lauk pauk dan kuih-kuih yang pelbagai, hari istimewa yang boleh dijadikan alasan untuk beli baju banyak-banyak dan nak lihat keadaan bekas pakwe.

Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma?

  • Sembahyang raya
  • ziarah pusara
  • Tangan kanan menyedia makanan dan kuih manakala tangan kiri pula menyumbat makanan dalam mulut.
  • Menyeterika baju seluruh ahli keluarga.
  • Melayan tetamu [saya suka layan tetamu].
  • Tengok TV sambil makan ketupat campur kuah lodeh + kuah kacang + sambal goreng

Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar??

Buat-buat pernah…lepas tu buat-buat cerita kat adik-adik untuk dijadikan tauladan

Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat??

RM 268.45 sen dan semakin menurun jumlahnya berikutan meningkatnya usia. (40 sen tu rembat dari tabung adik, 5 sen jumpa kat tepi jalan dalam perjalanan balik beraya)

Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya??

Kuih tat nenas dan dodol

Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan

Gambar masa rumah terbuka. kawan-kawan ramai datang bawak anak-anak..meriah dan jeles.

dscn0034.jpg dscn0032.jpg dscn0017.jpg

dscn0019.jpg

Nak tag affuan. Kenapa tah!

Sumber : Musnaz → nikmenza  → bayan

“Saya Sibuk Mengemas La”

Posted in life on October 3rd, 2007 by bayan

 spongebob1.jpg

“Saya sibuk mengemas la”

“ok”

Saya hairan, mengapa semua orang sibuk mengemas untuk menyambut raya? Bukankah mengemas itu perlu dilakukan selalu - seminggu sekali atau setiap hari, dan bukannya setahun sekali.

Balik kampung, emak bising-bising sebab rumah tak kemas lagi.

“Nak kemas macam mana? Ni dah kemas la ni” kata adik yang memang pemalas dan sedang menonton Spongebob.

“susun atur perabot tu balik, lap tingkap, kipas, lantai, susun atur pasu bunga, cantas pokok bunga mana yang patut, sawang-sawang bersihkan, bla…bla…” emak membebel.

Alahai, semua dah kemas. Memang kemas dan nampak tenang di mata. Tapi paradigma emak dan juga kebanyakan orang bahawa raya mesti disambut dengan kesempurnaan. Kalau boleh nak tukar semua barang kepada yang baru.

Hari ini, di pejabat juga sibuk-sibuk mengemas dan menghias. Kalau menghias kira ok la juga. Hias dengan kad-kad raya, gantung-gantung kertas yang berkilat-kilat dengan ucapan selamat hari raya. Lepas tu gaduh-gaduh sebab bercanggah pendapat tentang ‘mana nak gantung kertas tu’. Lepas tu urusan pejabat dah tergendala. Nak minta borang pelepasan cuti pun diminta tunggu sebentar…seminit…dua minit….

Rumah saya tak berkemas. Memang dah kemas. Nak hias dengan apa? Mural?

“Hello…Assalamualaikum Nurul..aku nak ajak…”

“Alahai, aku tengah kemas rumah laa..”

erm…kemas rumah? sampai tak sempat jawab salam..

Tertekan…semua orang tengah mengemas. Kan bagus kalau semua orang sedang mengatur rancangan bagaimana mahu mengeratkan lagi silaturrahim sempena raya yang bakal menjelang, merencana tempat-tempat [rumah saudra mara] yang bakal dikunjungi ataupun pejabat-pejabat mengatur program ‘pejabat terbuka’ dengan makanan yang enak-enak.. [aliran fikiran orang yang sedang berpuasa - bercelaru]