TNB dan MK Land
Posted in semasa on September 11th, 2007 by bayan9 September 2007 -10.00 mlm : Kentang terakhir telah di pegang. Pisau di tangan kanan dan kentang di tangan kiri. Mata sibuk menerawang ke skrin lap top yang memaparkan artikel tentang krisis dingin antara guru dan ibu bapa.
Tiba-tiba..pulp…alahai eletrik tak ada. Bukan rumah saya sahaja, tetapi 3 blok tak ada eletrik. Mungkin sekejap je…dalam hati saya. Tapi dari sejam ke sejam akhirnya sehingga pagi eletrik masih tiada. Akibatnya semalam saya tidak bekerja kerana baju tak bergosok.
Kehidupan tanpa eletrik umpama tiada dapur gas dan tiada air. Saya jadi BEKU. Malas nak mandi [hehehehhe], malas nak masak [teruk kan?]…
Sebenarnya saya sangat-sangat marah kerana saya tidak dapat bekerja semalam. Dan saya marah kerana hasrat untuk membuat karipap tergendala. Banyak sangat kerja yang saya rancangkan tergendala begitu sahaja. Hari ini, mood pula tiada.
Semalam sepanjang hari, pelbagai perkara menjadi tatapan mata saya yang hanya duduk berteleku di tepi tingkap mencari udara segar dan angin lembut untuk mendinginkan badan yang panas.
Beberapa orang wartawan dan jurugambar datang terkocoh-kocoh mengambil gambar dan menemubual beberapa penduduk di sekitar - ermmm, macam ada kes bunuh pulak. Best jugak kan, surat khabar mana ye yang akan keluarkan berita ketiadaan eletrik di Damansara Damai ni? Nanyang Siang Pau kot…hehhee..kan majoriti peniaga kat sini berbangsa Cina. Tentulah kerugian amat mereka rasai apabila kedai makan, kedai runcit dan pasar basah yang mereka kuasai tidak dapat beroperasi.
Terdapat perhimpunan kecil di hadapan pejabat urusan MK Land. Perhimpunan itu berkisar soal ketiadaan eletrik, dan majoriti peserta perhimpunan adalah bangsa Cina. Wah mereka memang prihatin dengan kehendak sosial atau ingin menjaga periuk nasi mereka. Apa pun saya respek dengan kesungguhan mereka mencari penyelesaian terhadap masalah yang wujud dalam kawasan yang mereka diami.
Perhimpunan yang dinaungi oleh penduduk dan pemilik kedai berbangsa Cina masih di situ menunggu jawapan dari ‘orang’ MK Land dan wakil dari TNB. Manakala penduduk berbangsa Melayu (minoriti peniaga - yang berniaga burger dan nasi lemak di tepi jalan yang hanya guna sikit tenaga eletrik), hanya duduk- duduk di kedai makan mamak dan minum-minum sambil gelak-gelak.
Tingkat tiga betul-betul berbahang. Angin juga tidak sudi menyinggah ke dalam rumah saya. Mereka menyimpang ke tempat lain.
Saya turun ke bawah, saja-saja ingin mendapatkan khabar dari perhimpunan kecil itu. Senyum sana…senyum sini. Ada yang saya kenal (kedai ginseng dan pasar basah Cina) dan ada juga yang sekadar pandang-pandang (Tokei kedai ‘game’ dan tokei VCD / DVD cetak rompak dan lucah).
MK land kata Kabel yang dicuri bukan tanggungjawwab mereka untuk menggantikannya dengan yang baru.
TNB pula kata, mereka dah serahkan tanggungjawab itu kepada MK Land.
Masing-masing tak mahu ganti kabel yang telah dirembat oleh pencuri itu.
Penduduk semakin mengamuk. Jurukamera gembira sebab gambar yang diambil ‘cantik’ dan ‘ada cerita’. Abang yang jual burger hanya berdiri di tepi gerainya. Budak-budak muda (lelaki Melayu) hanya gelak-gelak dan sesekali mata meliar melihat anak-anak dara kepanasan keluar dari rumah dan menayang badan dengan berpakaian ‘ala-ala musim panas’. Huh memang panas.
Lagi dua jam eletrik akan di sambung.
Erm…tak tahu pihak mana yang menyebut ayat itu. MK Land? TNB? Penduduk Cina? Penduduk Melayu? Abang jual burger? Anak-anak dara kepanasan atau pun pakcik berbangsa India yang dari tadi berdiri tegak memandang susunan peti ais, tv, dan mesin basuh rosak di kedainya yang harus diperbaiki.
MK Land harus jelas dengan tanggungjawab yang tertulis dalam surat perjanjian pengurusan hartanah mereka. Masalah apa yang harus mereka selesaikan dan masalah apa yang harus mereka rujuk dengan pihak-pihak tertentu.
TNB harus mengunci dengan kemas kotak kabel eletrik agar tidak sewenang-wenangnya diceroboh. Letakkan di kawasan lalu lalang agar kejadian jenayah kecurian kabel tidak berlaku.
Tapi betul ke kabel kena curi atau ada ‘masalah’ dengan pembayaran penyelenggaraan oleh pemilik rumah?  :roll: