Tag 6 : Show Me Your Desktop

Sebenarnya saya agak sibuk akhir-akhir ini. Apabila ada masa terluang pula, saya sibuk menambah ilmu dengan menggodek blog-blog yang berkaitan dengan teknologi perkomputeran. Agak sukar memahaminya kerana saya tidak pernah belajar secara khusus mengenai hal ini. Tapi, saya cuba.

Blog tidak begitu dikemaskini kerana kekurangan idea. Namun, tag dari encikEddyra memberi banyak manfaat kepada saya dan menyelesaikan satu permasalahan yang sudah dua minggu mengetuk otak saya untuk menyelesaikannya. Masalah itu kecil, namun manusia seperti saya yang rabun IT ini, menganggap masalah itu amat besar sehingga rela ‘tak makan’ [kerana puasa ..hehehe]

Masalah itu ialah “bagaimana cara untuk simpan imej sesuatu website/ imej yang tertera di skrin desktop“. Alhamdulillah, encik Eddyra telah membantu saya menyelesaikan masalah ini tanpa menggunakan screengrab [walaupun saya baru download software itu].

Menurut encik Eddyra;

These steps show you how to capture a screen shot of your desktop

  1. Press the Print Screen key on your keyboard. It may be labeled [PrtScn].
  2. Open an image editing program, such as Microsoft Paint.
    Start > Program > Accessories > Paint
  3. Hold Ctrl and press V
  4. Go to the File Menu and choose Save As.
  5. Navigate to the folder where you want to save the image.
  6. Type a file name for the image.
  7. Select a file type.
  8. Click the Save button.

Satu masalah selesai !

Dan yang kedua bukan masalah tetapi ‘tag’ yang harus saya laksanakan. Saya diminta untuk memaparkan imej yang tertera di skrin desktop saya. Alahai….

Bukannya apa-apa pun, tetapi skrin desktop saya, a.k.a wallpaper yang saya gunakan amat simple dan tidak kreatif langsung. Walau bagaimanapun, dengan rasa rendah diri dan tak malunya, saya paparkan juga untuk memenuhi tag tersebut.

desktopbmp.jpg

Saya amat sukakan wallpaper ini. Kenapa? Kerana gambar ini memberi erti tersendiri kepada saya. Tangan itu umpama seseorang yang selalu menyokong saya tidak kira dalam apa jua keadaan. Bunga ‘hidup’ yang berada di atas tanah /pasir pula amat cantik dan meriangkan hati saya setiap kali memandangnya. Ia umpama harapan yang sentiasa wujud dan memberi semangat yang tidak pernah ‘mati’ kepada saya.

Begitu juga dengan komputer riba saya. Wallpaper yang sama saya gunakan. Desktop komputer di pejabat tak penuh dengan icon macam desktop mereka yang terlibat dalam kerja-kerja webmaster atau sistem komputer. Saya cuma wartawan biasa yang menggunakan microsoft office dan juga adobe photoshop.

Sekian, terima kasih. Harap encik Eddyra berpuas hati

Saya teringin melihat wallpaper desktop kawan-kawan yang lain iaitu :

1. tongah

2. azrul

3. nickmenza

4. adar

5. affuan

6. hardyw3b 

7. dekerinchi 

 

10 Responses to “Tag 6 : Show Me Your Desktop”

  1. Satu (TAG) « Carutan Sopan Says:

    [...] 28th, 2007 Setelah sekian lama tak di-TAG, maka dengan ini cik Bayan telah menge-TAG aku. Walaupun aku bencikan konsep MLM, tapi entah kenapa aku tak bencikan TAG sedangkan ia berkonsep [...]

  2. affuan Says:

    Uiks. Tag ni aku wajib jawab sebab best. Hehe.

  3. vangardx Says:

    olla..ade bnyk software yg nak capture screen dari atas sampai bawah (kalau nak capture website) nama dia..erk..lupa :p

  4. AffuanRamzai.com » Blog Archive » Tag untuk menunjuk-nunjuk Says:

    [...] Bayan nih suka sangat tag aku. Nasib baik dier tag, kalo tak saper laa nak tag aku jejaka jambu jumbo [...]

  5. adi Says:

    apa pasal aku tak kena tag pun . wakkakkaka gaban…

  6. bayan Says:

    alahai…encik adi, saya teringin nak mengetag awak. tapi bimbang awak busy sangat. so, tak jadi la nak tag…tapi kalau saya senaraikan boleh ke ?

  7. qistina Says:

    cantik wallpaper tu…camne nak dpt wallpaper cam tu ek..tq

  8. bayan Says:

    qistina, jika ada masa explore je kat google guna kata kunci free wallpaper. banyak pilihan disitu. semoga bertemu yang berkenan di hati. :wink:

  9. saadah Says:

    assalam…tq..info yg berguna.sy pun buta It..
    sy nak tau mcmana nak gunakan adobe photoshop…kebanyakan tutorial dia susahla nak ikut…
    can u teach me??step by step

  10. bayan Says:

    saadah, saya pun bukannya terer sangat. tapi kalau ada masa, cuba spent satu hari untuk mengexplore-try-error apa yg ada dlm adobe photoshop. saya pun belajar step by step by book. belajar dalam keadaan relaks dan jgn tertekan. jika dekat, boleh juga saya ajar sikit-sikit. tak pun cuba lawat mana-mana blog yang berkaitan computer tecnical. macam saya selalu lampirkan soalan ttg komputer atau internet kat blog ini

    anyway, thank ek datang sini.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image