Kahwin atau Cerai?
Dunia weblog semakin meriah dengan kehadiran blog-blog yang berdiri atas nama domain berbayar dan tidak berbayar. setiap domain pula mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan itu, pengguna yang ingin berblog boleh memilih mana-mana domain yang sesuai dengan citarasa mereka, atau tujuan mereka berblog.
Seperti yang diketahui, weblog dibina atas tujuan yang pelbagai seperti untuk diri sendiri (diari peribadi), berkongsi pendapat dengan pembaca melalui paparan isu-isu semasa, menyimpan koleksi peribadi seperti lagu-lagu, gambar dan lirik lagu, menjadi wadah mengumpulkan ilmu dalam bidang-bidang tertentu, untuk tujuan mengembangkan perniagaan, mencari pendapatan sampingan dan sebagainya. Itu bergantung kepada pemilik blog sendiri.
Mengenali dunia blog melalui wordpress menjadikan saya teruja. Sangat teruja. Pelbagai perkara telah saya pelajari melalui pelbagai aspek seperti antara kebenaran dan kepalsuan sesuatu isu semasa yang dikemukan di dalam media cetak dengan maklumat yang disampaikan melalui blog. Saya juga didedahkan dengan dunia perniagaan internet yang telah banyak menghasilkan jutawan dan orang-orang yang berjaya.
Selain itu, saya semakin percaya bahawa apa sahaja perkara boleh dicapai melalui kemudahan internet dan dunia weblognya. Pengaruhnya cukup besar dalam merubah pandangan seseorang tentang hidup. Hanya gunakan sebaiknya dan tapis setiap maklumat yang ingin digunapakai dalam kehidupan kita.
Setelah menggunakan khidmat wordpress hampir 7 bulan, saya diperkenalkan pula dengan Blogmas yang mempunyai keupayaan hampir sama dengan wordpress. Namun, Blogmas mempunyai kelebihan yang agak baik dari aspek ‘mesra-pengguna’ dan juga kemudahan meletakkan iklan.
Secara umum, tujuan saya berblog bukanlah untuk mencari wang sampingan. Tetapi kemudahan yang diberi oleh blogmas harus saya ambil dan manfaatkan.
Kini, saya dah ada dua blog - wordpress dan blogmas. kedua-duanya memuaskan hati dan mengisi masa-masa yang yang terluang dengan berfaedah.
Apa yang menjadi masalah kepada saya ialah saya tidak nampak keperluan mempunyai dua blog yang hampir sama isi kandungannya - tentang isu semasa, kebudayaan, kemasyarakatan dan komentar peribadi tentang kehidupan. Dan keadaan ini menyebabkan saya ‘mati akal’ serta pening memikirkan apa yang boleh saya lakukan untuk membezakan kedua-dua blog ini?
Adakah saya perlu KAHWINkan kedua-duanya dan memilih salah satu domain untuk saya fokuskan sepenuhnya, atau CERAIkan sahaja kedua-duanya serta berhempas pulas mencari idea untuk mengisi ruang dalam kedua-dua blog terbabit? ![]()
September 24th, 2007 at 11:13 pm
siapa pula yang membelakangkan camera niii…
September 25th, 2007 at 8:43 am
hehhee..cuba teka?
September 25th, 2007 at 9:56 am
errr.. OK saya teka.. makcik security?
September 25th, 2007 at 10:03 am
huhuhu….sedihnya….cam makcik ke?
itu namanya pemerhati bebas yang memerhati suami-suami di luar sana yang mana curang ngan isteri masing2…hehhehe..
September 25th, 2007 at 10:08 am
ohh pemerhati bebas.. nak buat cerpen pasal suami curang ke cik bayan..
September 25th, 2007 at 10:43 am
tak…saya dalam proses menulis novel ttg isteri curang. suami tak bertanggungjawab. kisah cinta wanita berumur dengan lelaki remaja. dan usaha mencari nilai kasih sayang yang sebenar yang dituntut oleh Islam. ok ker?
ke…awak ada idea yang lebih baik dari isu2 cinta ni?
September 25th, 2007 at 1:14 pm
ini macam cerita TV3 hari selasa malam jer, apa tajuk.. Jelatang ka apa. Cik bayan belum berumahtangga boleh ke imagine bagaimana feel kecurangan seorang isteri.. hehe. Nak ulas nak berceloteh dari sudut sakit hati, dendam, kechiwa.. pehh tapi kalau cik bayan boleh melangkau ini semua why not.
Apa kata cik bayan menulis sebuah novel yang berkisarkan cerita modern, seorang isteri yang cukup taat, yang membela seorang anak perempuan yang sakit dan perlu belanja yang besar, major operation umpamanya. Suaminya jahat yang amat jahat dan meninggalkan mereka berdua di dalam kesempitan dan kesusahan.
Kehidupan ibu dan anak yang dhaif ini menarik perhatian seseorang Dato (biasalah cerita hindustan) yang berminat nak jadikan sex partner, macam sugar daddy lah support itu ini.
Isteri yang berada di dua persimpangan - duit untuk operate anak atau menolak offer Dato tadi. Dosa atau duit untuk anak.
At last suaminya muncul … aaaaaaaaaa idea tak mari.
September 25th, 2007 at 1:38 pm
alahai…citer camtu dah banyak kali main kat tv…idea tak mari????….kalau cam tu g offshofe dulu….pandang laut n then khabar kat saya ek…
September 28th, 2007 at 12:32 pm
apa kata pulak, cik bayan kisahkan sebuah cerita tentang kecurangan suami terhadap isteri, isteri dan isterinya.
kecurangan pertama berlaku apabila si suami berlaku curang terhadap isteri pertama dengan melakukan zina dengan bakalan isteri kedua. setelah lahir anak luar nikahnya, bagi menutup aib dan malu, si suami menipu isteri pertama yang taat setia agar menjaga dan memelihara anak itu. setelah 4 tahun berlalu si isteri yang baru mendapat tahu rupa-rupanya si suami belum berkahwin, lalu mendesak si suami agar dia di madukan. maka si isteri datang meminang ibu kepada anak yang di jaganya untuk si suami tercinta.
kehidupan 20 tahun berlalu dengan anak-anak yang semakin membesar dan keadilan si suami yang kucar kacir walaupun adakalanya agak adil di mata sendiri. konflik berlaku apabila si anak luar nikahnya ingin berkahwin dengan jejaka pilihan. akhirnya si ibu yang menjaga terpaksa memberitakan bahawa wali hakim terpaksa di cari untuk menghalalkan perkahwinan si anak itu. si anak yang solehah menelan pahit kehidupan ibu dan ayah kandungnya.
Namun si ayah kandungnya tertekan dengan keaiban yang telah terbuka di hadapan orang ramai, lalu membawa hati yang merasakan diri tidak di perlukan lagi oleh isteri-isterinya dengan mencari kekasih baru, yang nyata lebih muda dari anaknya sendiri. Lalu berlakunya sekali lagi zina yang mengaibkan. Kekasih menuntut haknya sebagai isteri dan merealisasikan impiannya untuk mengikuti jejak langkah idolanya “Datuk Siti dan Datuk K”. TAMMAT.
September 29th, 2007 at 2:48 am
saya cadangkan ia diceraikan tapi, jadikan 1 kurang serius, 1 lagi serius
October 1st, 2007 at 9:14 am
isteri…hehehheh….imaginasi anda sangat jauh dan complicated. apa kata anda yang menulis cerita tersebut. jalan cerita dah ada, imaginasi dah jelas….apa lagi, mulakan langkah la. mana tahu boleh jadi penulis terkenal. anyway, idea tu sangat bagus, cuma perlu kajian yang mendalam terutama bab kahwin, nikah, zina dan plot yang berlangsung dalam tempoh yang lama (20 tahun)…
encik hasbullah, terima kasih atas nasihat. saya sedang cuba menilai yang mana patut diutamakan.