Kahwin atau Cerai?
Posted in life on September 24th, 2007 by bayan Dunia weblog semakin meriah dengan kehadiran blog-blog yang berdiri atas nama domain berbayar dan tidak berbayar. setiap domain pula mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan itu, pengguna yang ingin berblog boleh memilih mana-mana domain yang sesuai dengan citarasa mereka, atau tujuan mereka berblog.
Seperti yang diketahui, weblog dibina atas tujuan yang pelbagai seperti untuk diri sendiri (diari peribadi), berkongsi pendapat dengan pembaca melalui paparan isu-isu semasa, menyimpan koleksi peribadi seperti lagu-lagu, gambar dan lirik lagu, menjadi wadah mengumpulkan ilmu dalam bidang-bidang tertentu, untuk tujuan mengembangkan perniagaan, mencari pendapatan sampingan dan sebagainya. Itu bergantung kepada pemilik blog sendiri.
Mengenali dunia blog melalui wordpress menjadikan saya teruja. Sangat teruja. Pelbagai perkara telah saya pelajari melalui pelbagai aspek seperti antara kebenaran dan kepalsuan sesuatu isu semasa yang dikemukan di dalam media cetak dengan maklumat yang disampaikan melalui blog. Saya juga didedahkan dengan dunia perniagaan internet yang telah banyak menghasilkan jutawan dan orang-orang yang berjaya.
Selain itu, saya semakin percaya bahawa apa sahaja perkara boleh dicapai melalui kemudahan internet dan dunia weblognya. Pengaruhnya cukup besar dalam merubah pandangan seseorang tentang hidup. Hanya gunakan sebaiknya dan tapis setiap maklumat yang ingin digunapakai dalam kehidupan kita.
Setelah menggunakan khidmat wordpress hampir 7 bulan, saya diperkenalkan pula dengan Blogmas yang mempunyai keupayaan hampir sama dengan wordpress. Namun, Blogmas mempunyai kelebihan yang agak baik dari aspek ‘mesra-pengguna’ dan juga kemudahan meletakkan iklan.
Secara umum, tujuan saya berblog bukanlah untuk mencari wang sampingan. Tetapi kemudahan yang diberi oleh blogmas harus saya ambil dan manfaatkan.
Kini, saya dah ada dua blog - wordpress dan blogmas. kedua-duanya memuaskan hati dan mengisi masa-masa yang yang terluang dengan berfaedah.
Apa yang menjadi masalah kepada saya ialah saya tidak nampak keperluan mempunyai dua blog yang hampir sama isi kandungannya - tentang isu semasa, kebudayaan, kemasyarakatan dan komentar peribadi tentang kehidupan. Dan keadaan ini menyebabkan saya ‘mati akal’ serta pening memikirkan apa yang boleh saya lakukan untuk membezakan kedua-dua blog ini?
Adakah saya perlu KAHWINkan kedua-duanya dan memilih salah satu domain untuk saya fokuskan sepenuhnya, atau CERAIkan sahaja kedua-duanya serta berhempas pulas mencari idea untuk mengisi ruang dalam kedua-dua blog terbabit? ![]()