Al-Fatihah Buat Nurin Jazlin

 nurin_jazlin_200907.jpg

Berita tentang penemuan mayat adik Nurin Jazlin yang dikatakan hilang sebulan lalu amat memilukan.

Ibu bapa mana yang mampu menerima perkhabaran sedih sebegitu apatah lagi kematian itu atas perlakuan manusia kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sebenarnya kes seperti ini telah berlaku berulang kali. Namun kesedaran ibu bapa masih kurang terhadap tanggungjawab mereka mengambil berat tentang segala hal yang berkaitan dengan anak-anak.

Memang apa yang berlaku ini adalah takdir. Takdir tuhan tidak boleh disangkal. Namun, selepas peristiwa demi peristiwa kehilangan akibat kecuaian, nampaknya kesedaran sivik ibu bapa dan keluarga masih boleh dipertikaikan.

Ibu bapa, berhati-hati lah dengan setiap tindakan kita. Sentiasa mengambil tahu pergerakan anak-anak terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

Masyarakat pula harus segera bertindak jika terlihat kejadian-kejadian yang pelik. segera laporkan ke polis dan jangan mengambil tindakan ‘jaga tepi kain sendiri’.

Siapa pun mangsa pembunuhan itu [bapa Nurin masih tidak menerima hakikat anaknya meninggal dunia], semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada penjenayah yang masih bebas, Kezaliman akan dibalas dengan kezaliman.

9 Responses to “Al-Fatihah Buat Nurin Jazlin”

  1. admin Says:

    Al-Fatihah buat beliau. Aku doakan agar penjenayah dpt ditangkap segera. Bg aku penjenayah tu mmg gila. takder akal sbb sanggup melakukan sebegitu pada manusia.

  2. Trojan Says:

    ko ajarla au skit2 ek…

  3. Trojan Says:

    lupe plak n bg tau…Doakan Al Fatihah kepada mangsa.. :(

  4. admin Says:

    Afham, kalo nak belaja jom lepak kat forum blogmas. http://blogmas.com/forum

    InsyaALLAH anda akan dibantu disana.

    Maaf bayan sbb off topic dlm comment box anda. :grin:

  5. bayan Says:

    hehehe..tak per, saya rela…

  6. eddyra Says:

    Semoga kedua orang tua Allahyarham adik Nurin cekal dalam menghadapi situasi yang getir ini. Apatah lagi dengar cerita mereka akan di saman kerana cuai hingga mengakibatkan kematian Nurin..

  7. mamaemon Says:

    Dengan apa yang telah menimpa keluarga ini,banyakkanlah berSABAR dan REDHA, YAKIN pasti ada hikmah disebalik yang berlaku.INGATLAH sebesar mana sayang kita kepada anak, TUHAN lebih sayangkan dia.PERCAYALAH KAWAN. BERDOALAH kepada TUHAN yang di suatu hari nanti PELAKU itu akan merasa BERDOSA dan dengan perasaan itulah akan menghantuinya SEUMUR HIDUP.TERIMA KASIH kepada rakyat MALAYSIA yang prihatin.

  8. Koleksi gambar & video nurin jazlin, nuril jazlin, nurul jazlin at syamsulariff.com Says:

    [...] budiey, syokkahwin, pemudapas, syukran, zaharudin, sebolku, rjuna, megat, isuhangat, pesonabatik, bayan, muslimin, ziggurats, saharudin, asmawi, more in [...]

  9. wan Says:

    Banyak berlakunye Jenayah membuktikan Bala dari ALLAH kepada manusia yang tak nak menerima hukum ALLAH…undang undang ALLAH….kerana mereka rasa undang undang mereka lagi hebat dari undang undang ALLAH.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image