Archive for September 20th, 2007

Al-Fatihah Buat Nurin Jazlin

Posted in semasa on September 20th, 2007 by bayan

 nurin_jazlin_200907.jpg

Berita tentang penemuan mayat adik Nurin Jazlin yang dikatakan hilang sebulan lalu amat memilukan.

Ibu bapa mana yang mampu menerima perkhabaran sedih sebegitu apatah lagi kematian itu atas perlakuan manusia kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sebenarnya kes seperti ini telah berlaku berulang kali. Namun kesedaran ibu bapa masih kurang terhadap tanggungjawab mereka mengambil berat tentang segala hal yang berkaitan dengan anak-anak.

Memang apa yang berlaku ini adalah takdir. Takdir tuhan tidak boleh disangkal. Namun, selepas peristiwa demi peristiwa kehilangan akibat kecuaian, nampaknya kesedaran sivik ibu bapa dan keluarga masih boleh dipertikaikan.

Ibu bapa, berhati-hati lah dengan setiap tindakan kita. Sentiasa mengambil tahu pergerakan anak-anak terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

Masyarakat pula harus segera bertindak jika terlihat kejadian-kejadian yang pelik. segera laporkan ke polis dan jangan mengambil tindakan ‘jaga tepi kain sendiri’.

Siapa pun mangsa pembunuhan itu [bapa Nurin masih tidak menerima hakikat anaknya meninggal dunia], semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada penjenayah yang masih bebas, Kezaliman akan dibalas dengan kezaliman.