Mereka Orang Yang Sama Sakitkan Hati Saya

Sedar tak sedar dah empat tahun saya tinggal di sini, sejak saya bekerja dengan UM sebagai pembantu penyelidik sehingga sekarang, saya bekerja sebagai wartawan laman web.

Rumah ini, saya sewa dengan harga RM380 sebulan. Kadar sewa tetap sama sejak 4 tahun lalu walaupun jalan raya di sini semakin cantik, lebar dan sangat bagus [terima kasih Samy Vellu kerana bijak menggunakan wang rakyat (kali ini!) ]. Terima kasih apek [pemilik rumah], kerana tidak pernah berkira tentang kadar sewa dan juga kelewatan saya membayar sewa rumah.

Damansara Damai! Memang namanya mendamaikan. Nama setiap blok juga mendamaikan - Apartment Permai, Harmoni, Indah, Saujana dan banyak lagi. Bentuk rumah pelbagai - rumah flat, Apartment, kondo serta teres setingkat dan dua tingkat. sewa rumah dari RM 260 [untuk flat] dan ke atas [sehingga RM1000].

Banyak taman permainan untuk kanak-kanak. Taman Rimba [hutan pelihara], kedai, sekolah, masjid, taska/tadika, stesen minyak [petronas dan projet], Mcd, DiHati [anak syarikat Jusco], Tok Yem’s Mall [kedai makan]…dan banyak lagi.

Bas dan teksi juga banyak. Tak perlu risau tentang pengangkutan ke sini.

hmmm…banyak betul kemudahan dan kelebihan di sini. Suatu waktu dahulu saya gembira. Sangat gembira. Dan sekarang pun saya bercadang untuk membeli rumah di sini juga.

Tapi ada beberapa perkara yang mendukacitakan saya dan kadangkala membuatkan saya geram. :mad:

mad.jpg

:???: Damansara Damai [DD] menjadi satu kawasan penempatan yang AMAT majmuk. Di sini tiada aspek majoriti dan minoriti. semuanya dah jadi SOSIALIS - Sama rata, sama rasa. Ini kerana, DD dihuni oleh Melayu, Cina, India, dan orang-orang dari Indonesia, Bangladesh, Afrika Selatan, Nigeria, Myanmar, Filifina, Pakistan dan warga asing lain yang tidak dikenali identiti negaranya. AMAT MAJMUK kan?

:mad: Sejak berpindah dan menetap di tingkap tiga ini, saya sering diganggu oleh bunyi bising yang dikeluarkan oleh abang jual burger di hadapan kedai mamak, tingkat bawah rumah saya. Bukan dia sahaja yang memekak, anak, isteri serta kawan-kawannya yang dikenali sebagai geng pe***a itu juga sering membuat kecoh dengan ketawa kuat-kuat serta berbual bagai nak rak. Butir perbualan mereka boleh di dengar sebiji-sebiji. Sebab itulah saya tidak boleh menulis di rumah. Mendengarkan suara mereka bagai membunuh dan menjahanamkan ilham suci yang mudah bertandang dalam fikiran ketika saya berada di rumah.

:sad: Kedai runcit sederet di tingkat bawah rumah saya di monopoli oleh bangsa India dan Cina [kedai mamak, kedai telekomunikasi -handphone, kedai runcit, kedai makan, kedai gambar dan kedai permainan video [yang dah di ambush lebih tiga kali], termasuk apek yang buka meja setiap petang jual VCD / DVD cetak rompak dan lucah. Dulu ada juga kedai Melayu [kedai makan dan kedai runcit], tapi dua-dua kedai dah tutup kerana strategi pemasaran yang kuno. Yang tak bestnya bila kedai makan Cina itu memasak daging b***. Saya tak boleh nak kata apa kerana mereka memasak atas permintaan.

:cry: Walaupun sekitar DD bersih kerana ada tukang sapu yang akan menyapu pagi dan petang setiap hari, masih ada orang yang bodoh dan tiada kesedaran sivik membuang sampah di penjuru tangga dan juga beberapa penjuru bangunan yang lain. Kadang tu, sampai air busuk keluar dan ulat merayap-rayap. Eee..geram laaa….

:evil: Marah sangat dengan pakcik yang buka kedai membaiki alat eletrik. Barang yang hendak dibaiki dan yang dah nak dibuang diletakkan kat tempat laluan awam dan juga tempat meletak kereta. Akibatnya kedai dia dah la sesak, lepas tu menyesakkan lagi laluan yang lain. Boleh ke buat aduan, dan nak adu pada siapa? Begitu juga dengan kedai makan yang meletak kerusi meja kat tempat meletak kenderaan. Akibatnya, tempat meletak kenderaan tak mencukupi.

hmm….adakah saya patut tinggal di sini seperti yang telah syaa rancangkan atau mencari kawasan lain? Adakah situasi yang saya alami itu biasa dan memang ada di mana-mana? Alahai….panjangnya saya berbicara. Nanti kalau ada gambar, saya akan masukkan.

* malam tadi abang jual burger ketawa kuat-kuat lagi sambil ajar anak-anaknya main mercun. Mereka bersukaria sehingga pukul 11 malam, tetapi bunyi mercun berlarutan sehingga pukul 12.30 malam. saya rasa SAKIT di jantung, hati, telinga dan badan terasa melayang-layang turun ke tingkat bawah untuk membunuh…..[the rest of this scene has been suspended]

21 Responses to “Mereka Orang Yang Sama Sakitkan Hati Saya”

  1. ed Says:

    mmg standard klau tggl kt flat/apartment,sampah mmg kt merata tmpt.wlpn negara kita dh maju,mentaliti rakyat kita msh x maju.

  2. admin Says:

    sy membesar di flat sri sabah, kwsn perumahan DBKL dan Alhamdulillah kwsn sini ok je. takder perkara2 yg menyakitkan hati berlaku cuma kadang2 bila org india di atas menumbuk sesuatu di lesung batu dia, sy kat bawah ni dgr la bunyi ketuk mengetuk tp masih leh toleransi sbb sy pun buat sambal belacan pun pakai lesung batu kan?

    skrg ni dh kahwin dok umah teres kat sri petaling. insyaALLAH awal bln 10 ni pindah kot. mungkin kembali pindah ke pangsapuri

  3. bayan Says:

    toleransi memang penting. tapi selalunya yang kurang toleransi warga asing yang menjadikan rumah sewa mereka seperti hotel. sampah dibuang di tepi dinding luar rumah. alahai….mereka harus lebih hormat negara tempat mereka mencari rezeki

  4. Ita Interview Pagi Ini « Psittacula Alexandri Says:

    [...] dan tips semasa di sana, ita masih tersengguk-sengguk ngantuk. Katanya tak dapat tidur kerana sekumpulan manusia yang membuat bising dan ada sedikit pergaduhan yang [...]

  5. ucu Says:

    alamak cik bayan neh staff UM ke ? :oops:
    ermm.. sama la plak kita neh..
    teramat kechik sungguh dunia neh… ehehhe

    salam perkenalan~ insya Allah

  6. bayan Says:

    dulu saya staf um, sekarang dah pindah keje kat sebuah yayasan. ucu still kat Um ke? bahagian mana?

  7. ucu Says:

    ouh.. ic, so far sy masih lg di um dan insya Allah sampai umur 56 taon.. insya Allah…
    sy kat PTM.. bhgn sistem2.. web2… :smile:

  8. azie Says:

    sy pun tinggal di DD jgk, Lestari. Mmg majmuk giler byk warga asing dr warga Msia. dahlah sampah biasalah kat sudut lif, pernah berlaku diaorg tak byr mantainance so satu lif dah tak leh guna, berebut le satu lif ni dgn bagla,indon,negro dll. Bau tok sah cakaplah mmg x leh tahan. sy tak cdg nak duduk permanent kat sini sbb tak sesuai untk anak2 yg nk membesar walaupun umahnya murah. kan tiba masanya saya akan pindah juga.

  9. bayan Says:

    betul tu azie…saya dah beli rumah kat sungai buloh, Saujana Utama. tapi kena tunggu lagi dua tahun…nak pindah tapi tak larat..tunggu je la lagi dua tahun..

  10. federline Says:

    dear owner..hi..cume nk nk tny..ade x pengangkutan bas dr DD ke sungai buloh dan dr sungai buloh ke DD semula?coz sy akn tggal di DD xlame lagi..n xsure camne dgn laluan transport di situ..bas no. bape ye?

  11. bayan Says:

    sungai buloh? dari KTM atau apa? Jika dari sungai buloh, saya tak berapa pasti sama ada bas itu masuk ke DD atau tidak.
    tetapi, bas menuju ke sana pernah juga saya nampak, tapi tak banyak laa…

  12. federline Says:

    i mean dr DD ke bandr sungai buloh..coz i dgr bas in that area trus g kepong/kl..n klu bole dr bandar sg buloh pth blk ke kl tp msk ke dlm area DD..susahla camni..

  13. bayan Says:

    cuba bas 145. bus selangor warna merah tu

  14. federline Says:

    hi owner..thanx for your previously info..now i lived at DD..i need two buses to reach at KTM and i know how to go..mcm u ni agen bas pulak ye i tnye u mcm2 ..sory..

  15. bayan Says:

    2 bas untuk ke ktm? Ktm sg buloh? kalau begitu terpaksalah. tapi tak membebankan kan?

  16. federline Says:

    ye 2 bas..tp no problem coz bas byk jenis kt situ..kekerapan bas dlm 5-10 minit..

  17. Saya Suka Mereka Bergaduh « Psittacula Alexandri Says:

    [...] pernah cerita ini dan ini tentang [...]

  18. mieza Says:

    hi.awk mesti duduk kat permai apartment kan.saya pun duduk kat situ jugak.blok d.alhamdulillah blok saya ok.jiran-jiran pun ok.abg burger dpn kedai mamak tu saya kenal.kengkawan dia yg suka memekak pun saya kenal.mereka semua tu mmg camtu.kekadang sekejap2 saya dan suami saya berborak jugak dgn diorang.saje-saje je.diorang nie suka cakap besar sikit dan berlagak.tak leh buat kawan sgt.saya pun kengkadang tak faham apa yg bestnya melepak tanpa hala tujuan sampai lewat malam.mereka nie katanya keje bodyguard. so kira diaorang nie terer lah bab belasah org.katanya.emm pada saya tak mengembangkan minda langsung pun dengar cite diaorg.ha…ha…ha

  19. bayan Says:

    mieza, saya bukannya prejudis kepada mereka yang suka melepak. tapi biarlah melepak yang bermanfaat. Kadang, ada bebudak muda yang melepak, tapi di meja lain la. lelaki dan perempuan, gelak kuat-kuat. Aduhai, malangnya masa mereka terbuang begitu sahaja. Jika boleh, saya mahu minta masa mereka untuk saya gunakan.

  20. cik su Says:

    Saya tertarik dgn topik awak tentang bunyi bising di apartment. Saya setuju dgn sikap toleransi tetapi klu dh melampau bunyi bising yg dibuat tu mcmana plak? Klu menyewa, bolehlh pindah. Klu dh beli, kesal x sudah. Spt saya, ingatkan tinggal di h/langat jauh dr bandar boleh tenang…tp…kecewa yg amat.
    Paling teruk dlm sejarah kerjaya saya, saya slalu lewat ke tempat kerja dn slalu mengantuk. Bukan sbb jarak tapi disebabkan x dpt tidur dan berihat di rumah sendiri. Lebih2 lgi waktu public holiday & weekend. Musim raya lg dahsyat. Saya dh bbrapa kali terpksa tidur dlm kereta. Bayangkan bila saja pukul 9 mlm hingga 12 tghmlm ada yg mula mendrill, mengetuk dan menggergaji. Paling teruk hingga pukul 3 pg. Lepas tu bercakap dgn kuat. Suara tv & radio jgn ckplah. Pukul 5.30 pagi dh bising. Berckp plk terjerit2. Jgn kan kata nak tidur, nak merihatkan fikiran ke, sembahyang ke, membaca ke, semua x blh concentrate. Sampai saya dh fikir nk panggil wartawan buat liputan, rasa nk failkan saman pun ada gak.
    Bila saya tanya kawan2 saya, dia org juga hadapi masalah yg sama tp disebabkan ramai yg kata “biasalah”, jd mcm perkara ni x boleh diatasi plak.
    Bukankah rumah …x kiralah besar ke kecil ke, mahal ke murah ke… adalah tempat utk kita berihat..utk ketenangan, kedamaian, ketenteraman? Ini tidak, mcm pasar ….mcm tinggal kat kawasan pub plak.

  21. bayan Says:

    Su, jika ada ruang dan kesempatan, pindah sahajalah. Hidup bukan untuk merasa bosan.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image