Archive for September 19th, 2007

Mereka Orang Yang Sama Sakitkan Hati Saya

Posted in life on September 19th, 2007 by bayan

Sedar tak sedar dah empat tahun saya tinggal di sini, sejak saya bekerja dengan UM sebagai pembantu penyelidik sehingga sekarang, saya bekerja sebagai wartawan laman web.

Rumah ini, saya sewa dengan harga RM380 sebulan. Kadar sewa tetap sama sejak 4 tahun lalu walaupun jalan raya di sini semakin cantik, lebar dan sangat bagus [terima kasih Samy Vellu kerana bijak menggunakan wang rakyat (kali ini!) ]. Terima kasih apek [pemilik rumah], kerana tidak pernah berkira tentang kadar sewa dan juga kelewatan saya membayar sewa rumah.

Damansara Damai! Memang namanya mendamaikan. Nama setiap blok juga mendamaikan - Apartment Permai, Harmoni, Indah, Saujana dan banyak lagi. Bentuk rumah pelbagai - rumah flat, Apartment, kondo serta teres setingkat dan dua tingkat. sewa rumah dari RM 260 [untuk flat] dan ke atas [sehingga RM1000].

Banyak taman permainan untuk kanak-kanak. Taman Rimba [hutan pelihara], kedai, sekolah, masjid, taska/tadika, stesen minyak [petronas dan projet], Mcd, DiHati [anak syarikat Jusco], Tok Yem’s Mall [kedai makan]…dan banyak lagi.

Bas dan teksi juga banyak. Tak perlu risau tentang pengangkutan ke sini.

hmmm…banyak betul kemudahan dan kelebihan di sini. Suatu waktu dahulu saya gembira. Sangat gembira. Dan sekarang pun saya bercadang untuk membeli rumah di sini juga.

Tapi ada beberapa perkara yang mendukacitakan saya dan kadangkala membuatkan saya geram. :mad:

mad.jpg

:???: Damansara Damai [DD] menjadi satu kawasan penempatan yang AMAT majmuk. Di sini tiada aspek majoriti dan minoriti. semuanya dah jadi SOSIALIS - Sama rata, sama rasa. Ini kerana, DD dihuni oleh Melayu, Cina, India, dan orang-orang dari Indonesia, Bangladesh, Afrika Selatan, Nigeria, Myanmar, Filifina, Pakistan dan warga asing lain yang tidak dikenali identiti negaranya. AMAT MAJMUK kan?

:mad: Sejak berpindah dan menetap di tingkap tiga ini, saya sering diganggu oleh bunyi bising yang dikeluarkan oleh abang jual burger di hadapan kedai mamak, tingkat bawah rumah saya. Bukan dia sahaja yang memekak, anak, isteri serta kawan-kawannya yang dikenali sebagai geng pe***a itu juga sering membuat kecoh dengan ketawa kuat-kuat serta berbual bagai nak rak. Butir perbualan mereka boleh di dengar sebiji-sebiji. Sebab itulah saya tidak boleh menulis di rumah. Mendengarkan suara mereka bagai membunuh dan menjahanamkan ilham suci yang mudah bertandang dalam fikiran ketika saya berada di rumah.

:sad: Kedai runcit sederet di tingkat bawah rumah saya di monopoli oleh bangsa India dan Cina [kedai mamak, kedai telekomunikasi -handphone, kedai runcit, kedai makan, kedai gambar dan kedai permainan video [yang dah di ambush lebih tiga kali], termasuk apek yang buka meja setiap petang jual VCD / DVD cetak rompak dan lucah. Dulu ada juga kedai Melayu [kedai makan dan kedai runcit], tapi dua-dua kedai dah tutup kerana strategi pemasaran yang kuno. Yang tak bestnya bila kedai makan Cina itu memasak daging b***. Saya tak boleh nak kata apa kerana mereka memasak atas permintaan.

:cry: Walaupun sekitar DD bersih kerana ada tukang sapu yang akan menyapu pagi dan petang setiap hari, masih ada orang yang bodoh dan tiada kesedaran sivik membuang sampah di penjuru tangga dan juga beberapa penjuru bangunan yang lain. Kadang tu, sampai air busuk keluar dan ulat merayap-rayap. Eee..geram laaa….

:evil: Marah sangat dengan pakcik yang buka kedai membaiki alat eletrik. Barang yang hendak dibaiki dan yang dah nak dibuang diletakkan kat tempat laluan awam dan juga tempat meletak kereta. Akibatnya kedai dia dah la sesak, lepas tu menyesakkan lagi laluan yang lain. Boleh ke buat aduan, dan nak adu pada siapa? Begitu juga dengan kedai makan yang meletak kerusi meja kat tempat meletak kenderaan. Akibatnya, tempat meletak kenderaan tak mencukupi.

hmm….adakah saya patut tinggal di sini seperti yang telah syaa rancangkan atau mencari kawasan lain? Adakah situasi yang saya alami itu biasa dan memang ada di mana-mana? Alahai….panjangnya saya berbicara. Nanti kalau ada gambar, saya akan masukkan.

* malam tadi abang jual burger ketawa kuat-kuat lagi sambil ajar anak-anaknya main mercun. Mereka bersukaria sehingga pukul 11 malam, tetapi bunyi mercun berlarutan sehingga pukul 12.30 malam. saya rasa SAKIT di jantung, hati, telinga dan badan terasa melayang-layang turun ke tingkat bawah untuk membunuh…..[the rest of this scene has been suspended]

Sign Up Advertlets