Indah Sebuah Dosa
Jalan-jalan di sekitar Sogo-Pertama-Jalan TAR, memenatkan saya walaupun tidak berpuasa. Takkan la saya nak minum sesenang hati dengan alasan saya adalah seorang wanita yang telah ditakdirkan ‘tumpah darah’ setiap bulan?
Meriah! Walaupun puasa tak sampai seminggu, tempat-tempat yang saya sebutkan di atas sudah meriah dengan ’sale-diskaun-promosi’ nya. Dari sekecil-kecil - keronsang, butang baju Melayu, telefon bimbit, baju melayu, baju kurung, kanak-kanak-lelaki-perempuan, tudung, songkok, kasut dan sandal, dan pelbagai lagi. Semuanya bertemakan HARI RAYA.
Suasana sungguh indah. Tetapi indah itu diselubungi noda dan dosa. Nilai budaya dan agama hilang.
Seorang gadis comel yang indah paras rupanya, memakai pakaian menjolok mata dan dada.
Sepasang anak muda mengukuhkan ikatan silaturrahim yang indah dengan keluar berbuka bersama sambil berpegangan tangan dan pinggang.
Seorang kakak sibuk berbelanja di bulan puasa yang indah sehingga lupa soal pembaziran masa dan wang.
Ramai pula yang mempamerkan wajah indah dengan memberi senyuman di sebalik penipuan harga dan kualiti barang.
Mereka terleka dalam keindahan sehingga lupa pada yang empunya cerita keindahan.
Indahkah saat menunggu azan untuk berbuka walaupun tidak bersolat memohon keampunan?
*Baru saya tahu harga seluar jeans levis yang indah sangat mahal. Maaf, saya tidak pernah memakai seluar jeans [antara dosa dan budaya]!
September 18th, 2007 at 4:59 pm
Yang menariknya bayan, awek-awek ni macam tak tahu beza antara hari biasa dengan bulan Ramadhan. Kadang-kadang dari pagi sampai petang kita duk tahan telinga mata mulut ni, jaganya puasa takut-takut dapat letih saja.
Bila datang ke tempat yang ramai ni, kadang-kadang tu nak tengok juga tapi yer lah.. iman orang awam macam saya ni.. abis puasa kering jer.
September 19th, 2007 at 12:39 am
aduhai kesiannya lelaki ini….saya pernah terserempak dengan lelaki baik seperti en. eddyra. bezanya dia ada keberanian menegur. dengan selamba dia tegur minah dedah ni. eeee malu…tapi minah2 ni buat muka tapir je laaa. itulah bahayanya dan kesannya jika Allah dah tarik rasa malu dalam diri. buat la apa sahaja, golongan sebegini tak akan ada rasa malu.
September 19th, 2007 at 5:46 pm
siapa kata lelaki tak suka tengok benda-benda terdedah.. ada tapi kebanyakkannya begitu lah. Namun begitu lah antara nafsu-nafsu yang Tuhan bagi pada perempuan ni, nafsu nak kelihatan cantik, suka orang pandang, suka tarik perhatian.
Sama juga dengan lelaki, ada jenis-jenis juga. Masa Allah peram kan nafsu dalam neraka bertahun-tahun, nafsu still steady mah.. punya lah keras kepala si nafsu ni. Namun nafsu alah dengan ujian lapar. Sebab itu lah puasa ini kita katakan untuk menahan nafsu.
Wahh.. sekian sahaja borak kosong kita untuk hari ini..
September 20th, 2007 at 1:44 am
hehehe….
February 3rd, 2008 at 6:49 am
Temukan trik n tips sukses dalam menggeluti bisnis beserta info-info lainnya. Selamat sukses sobat!:)