Archive for September 18th, 2007

Indah Sebuah Dosa

Posted in life on September 18th, 2007 by bayan

Jalan-jalan di sekitar Sogo-Pertama-Jalan TAR, memenatkan saya walaupun tidak berpuasa. Takkan la saya nak minum sesenang hati dengan alasan saya adalah seorang wanita yang telah ditakdirkan ‘tumpah darah’ setiap bulan?

Meriah! Walaupun puasa tak sampai seminggu, tempat-tempat yang saya sebutkan di atas sudah meriah dengan ’sale-diskaun-promosi’ nya. Dari sekecil-kecil - keronsang, butang baju Melayu, telefon bimbit, baju melayu, baju kurung, kanak-kanak-lelaki-perempuan, tudung, songkok, kasut dan sandal, dan pelbagai lagi. Semuanya bertemakan HARI RAYA.

Suasana sungguh indah. Tetapi indah itu diselubungi noda dan dosa. Nilai budaya dan agama hilang. :cry:

Seorang gadis comel yang indah paras rupanya, memakai pakaian menjolok mata dan dada.

Sepasang anak muda mengukuhkan ikatan silaturrahim yang indah dengan keluar berbuka bersama sambil berpegangan tangan dan pinggang.

Seorang kakak sibuk berbelanja di bulan puasa yang indah sehingga lupa soal pembaziran masa dan wang.

Ramai pula yang mempamerkan wajah indah dengan memberi senyuman di sebalik penipuan harga dan kualiti barang.

Mereka terleka dalam keindahan sehingga lupa pada yang empunya cerita keindahan.

Indahkah saat menunggu azan untuk berbuka walaupun tidak bersolat memohon keampunan?

*Baru saya tahu harga seluar jeans levis yang indah sangat mahal. Maaf, saya tidak pernah memakai seluar jeans [antara dosa dan budaya]!

Sign Up Advertlets