Archive for September 17th, 2007

Puasa Yang Bagaimana?

Posted in life on September 17th, 2007 by bayan

Semalam berbuka di Cheras bersama seorang kawan [tak berbuka pun tak apa]. Oleh kerana masa dan suntuk - 7.15 mlm- maka kami bergegas [konon] cari gerai makan yang biasa-biasa. Setelah memilih tempat duduk berbumbung khemah, kami mebuat pesanan[kata orang tua, tak elok makan berbumbungkan pokok-pokok yang rendang, nanti senang dapat penyakit].

Sekitar gerai makan di sini semuanya penuh. Kelibat pelanggan yang berkeluarga boleh dikira dengan jari ayam. Sudah tentulah tak ada, kan mereka berkeluarga, lebih baik makan masakan emak. Yang banyak ialah pasangan muda mudi yang berbuka puasa bersama pasangan masing-masing. Romantik kan? [uweekk].

Apa yang romantik? Ketepikan dahulu soal itu.

Sementara menunggu berbuka puasa, saya dan teman berbual pelbagai perkara termasuklah kisah saya memotong “double line” di Seremban dan di saman oleh abang JPJ yang hensem. Alahai, RM 300 untuk saman semasa musim perayaan. Tapi saya bayar RM50 je, tanpa resit. Abang JPJ memang baik hati. Lain kali leh buat lagi.

Sebenarnya saya tak terniat bak langgar undang-undang jalan raya, memandangkan jalan terlalu sempit dan lori di hadapan terlalu lembab, maka saya dengan berhemahnya telah memotong lori itu. Akibatnya, saya kehilangan RM50 [better than RM 300].

Sedang rancak berbual, tetiba telinga saya menangkap perbualan pasangan yang berada di sebelah meja.

guy : u cantik lah hari ni (sambil mengusap-usap tangan girl)

girl : ala, biasa je. tapi cantik tak baju i, i baru beli kat Mid Valley.

guy : seksi sikit tapi cantik. i suka tengok u pakai baju warna pink. nampak lembut dan ayu (sambil tangan kanannya mengusap belakang girl)

girl : iyer ker…malu la i. eh, dah nak buka laa.. u baca doa berbuka.

guy : err…er..apa ek ayat mula-mula tu, i lupa laa

girl : ala, saje je u ni buat-buat lupa. i tak nak baca bukan sebab i tak tahu tapi i nak u jadi ketua keluarga yang baik nanti…hikhikhik…(sambil memegang lengan guy)

guy :,..err….i betul-betul lupa ni, tapi tak per..i baca doa makan ek, bismilahirrahman nirrahim…….

Girl dan guy makan bersuap-suapan sambil tergelak-gelak manja. Pastu, girl tanya guy nak gi mana after berbuka. Guy ajak girl g klcc, tengok air pancut.

auburnisland.jpg Saya tertanya-tanya, adakah anak-anak muda zaman sekarang tahu makna sebenar berpuasa. Adakah pengetahuan berpuasa mereka setakat menahan lapar dan dahaga? Antara Ibu bapa dan sekolah harus bagai aur dan tebing agar air yang mengalir tidak keruh dan berguna kepada semua manusia. :cry: