Alahai, Makcik dan VCD Lucah…

Semalam merupakan hari pertama berpuasa. Kerana komuter yang sangat lembab [mungkin puasa juga kot], maka saya sampai di rumah hampir pukul 6.15 ptg walaupun keluar dari pejabat tepat pukul 4.30 ptg.

Kaki dan badan sakit. Gara-gara berdiri terlalu lama dan memakai kasut tumit tinggi yang membolehkan saya nampak tidak kemetot.

Perasaan malas memasak mula menghantui diri. Menghasut-hasut agar saya membeli sahaja di bazar ramadhan yang dekat sangat jaraknya dengan rumah.

Dari satu gerai ke satu gerai. Banyak kuih dah habis. Hari pertama puasa kan, mesti la ramai yang malas masak. Macam-macam ada. Popia, ayam percik, kuih tepung pelita, berbagai jenis air, murtabak, nasi berlauk, nasi ayam, mee sup, kuih muih…macam-macam lagi laa…rambang mata dibuatnya. Nasib baik saya ingat pesan diri saya sendiri.

Jalan sana, pusing sini, akhirnya saya membeli dengan berhemat.

  • roti jala berinti : RM1
  • karamel : RM1
  • Laksa : RM 2.50
  • Lei che kang : RM 2

total : RM 6.50

Ok la tu kot. Sedang memandang-mandang, saya ternampak apek dan seorang budak Cina muda yang selalu jual VCD dan DVD cetak rompak seta lucah di kawasan rumah saya.

Alahai…kat sini pun dia boleh buka meja? kalau pegerai Melayu buka meja jual petai kat pasar malam pun kena tarik ngan pihak dewan bandaraya…Mereka bebas betul berniaga benda haram kat bazar ramadhan ni. Hairan!

Yang tak bestnya pula, ramai yang beli. Yang ‘ramai’ tu tentulah orang yang sedang berpuasa yang sibuk-sibuk berhimpit dengan saya membeli juadah berbuka. Penghayatan puasa masih kelam.

Sampai rumah, kemas-kemas apa yang patut, masukkan baju dalam mesin basuh, buka tv (semata nak dengar azan), dan duk kat sofa sambil *makan roti jala berinti yang dibeli dengan makcik tadi.

Aduhai…. Makcik jual makanan tidak berkualiti. Intinya rasa masam sikit. Hampir Basi. Dan saya nak muntah.

Hari pertama menjual di bazar ramadhan pun takkan la makanan boleh basi. Alahai, sangat sedih. tapi tak apa, mungkin ada hikmahnya. Apa hikmahnya?

* Semalam saya tak puasa. hikhikhik…nak buat camna, dah lumrah alam seorang wanita …..

7 Responses to “Alahai, Makcik dan VCD Lucah…”

  1. nurnana Says:

    saya jarang gi pasar ramadhan.
    sbb mak masak kat umah..
    so mkn apa yg ada..
    x sure lak pasar ramadhan umah saya adalah org niaga VCD cam tu..

    tp kalo g pasar mlm, ada la kot org juai VCD..

  2. eddyra Says:

    semoga bayan dapat puasa cukup sebulan.. :roll:

  3. bayan Says:

    :wink: nana, tak yah aaa g pasar ramdhan kalau kita leh masak. ttapi kalau tinggal solo….takkan nak berhempas pulas masak. beli je la kot.

    :mrgreen: hehehhe doa ikhlas atau perli? apa pun tq

  4. rastom Says:

    Hikmahnya: Pasar Ramadan itu tempat orang ambil kesempatan, mengeksploit orang berpuasa. Tidak ada dalam sunnah menyebut pasar ramadan, cuma dalam budaya Melayu sahaja yang berpasar pasaran di bulan ramadan. Saya berdoa semoga orang Melayu sedar lama kelamaan bahawa bulan ramadan jangan di adakan pasar pasaran kerana ia tidak ubah seperti satu perayaan orang orang cina yang menjual kueh vegetarian pada satu hari, entah apa harinya. Sekarang saya percaya tertanam di benak orang bahawa bulan ramadan adalah bulan Pesta Muntah Darah, atau pesta menjamu selera…….orang Melayu banyak sudah rosakkan agama sendiri.

  5. bayan Says:

    :neutral: alahai pak rastom, budaya itu entah siapa menanamnya. dan orang melayu cepat melatah jika budaya yang melingkungi hidupnya dikucar kacirkan.

  6. wanmus Says:

    huhuhu..keciannyer..saya pun simpati..sampai ati makcik tuh jual yang dah bsai..patutnyer makcik tuh jual makanan yg berkualitilah sebab menyediakan juadah untuk berbuka pun besar pahala iaitu same ngan pahala org berbuka poser tuh.

    p/s:kepada penjual kat luar tuh,berniagalah dengan etika..

  7. bayan Says:

    heheheh..apa nak heran, makcik pun nak cari untung dan duit untuk raya walaupun dah tak larat buat kuih sedap-sedap.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image