Alahai, Makcik dan VCD Lucah…
Posted in life on September 14th, 2007 by bayanSemalam merupakan hari pertama berpuasa. Kerana komuter yang sangat lembab [mungkin puasa juga kot], maka saya sampai di rumah hampir pukul 6.15 ptg walaupun keluar dari pejabat tepat pukul 4.30 ptg.
Kaki dan badan sakit. Gara-gara berdiri terlalu lama dan memakai kasut tumit tinggi yang membolehkan saya nampak tidak kemetot.
Perasaan malas memasak mula menghantui diri. Menghasut-hasut agar saya membeli sahaja di bazar ramadhan yang dekat sangat jaraknya dengan rumah.
Dari satu gerai ke satu gerai. Banyak kuih dah habis. Hari pertama puasa kan, mesti la ramai yang malas masak. Macam-macam ada. Popia, ayam percik, kuih tepung pelita, berbagai jenis air, murtabak, nasi berlauk, nasi ayam, mee sup, kuih muih…macam-macam lagi laa…rambang mata dibuatnya. Nasib baik saya ingat pesan diri saya sendiri.
Jalan sana, pusing sini, akhirnya saya membeli dengan berhemat.
- roti jala berinti : RM1
- karamel : RM1
- Laksa : RM 2.50
- Lei che kang : RM 2
total : RM 6.50
Ok la tu kot. Sedang memandang-mandang, saya ternampak apek dan seorang budak Cina muda yang selalu jual VCD dan DVD cetak rompak seta lucah di kawasan rumah saya.
Alahai…kat sini pun dia boleh buka meja? kalau pegerai Melayu buka meja jual petai kat pasar malam pun kena tarik ngan pihak dewan bandaraya…Mereka bebas betul berniaga benda haram kat bazar ramadhan ni. Hairan!
Yang tak bestnya pula, ramai yang beli. Yang ‘ramai’ tu tentulah orang yang sedang berpuasa yang sibuk-sibuk berhimpit dengan saya membeli juadah berbuka. Penghayatan puasa masih kelam.
Sampai rumah, kemas-kemas apa yang patut, masukkan baju dalam mesin basuh, buka tv (semata nak dengar azan), dan duk kat sofa sambil *makan roti jala berinti yang dibeli dengan makcik tadi.
Aduhai…. Makcik jual makanan tidak berkualiti. Intinya rasa masam sikit. Hampir Basi. Dan saya nak muntah.
Hari pertama menjual di bazar ramadhan pun takkan la makanan boleh basi. Alahai, sangat sedih. tapi tak apa, mungkin ada hikmahnya. Apa hikmahnya?
* Semalam saya tak puasa. hikhikhik…nak buat camna, dah lumrah alam seorang wanita …..