RM vs Seni

untitledbmp.png

Semalam saya sibuk. Hari ini juga sibuk. Kepala pening!

Seorang usahawan muda bertemu dengan saya. Saya yang ingin bertemu dengan beliau setelah emailnya mengenai cara menjana duit dengan sistem tersendiri, menarik hati saya.

Beliau bercerita panjang lebar

…uptrend…MLM…sistem networking…pemasaran video….Bla…bla…blaa…

Kepala saya pening. Pening bukan kerana apa yang diberitahu kepada saya tidak difahami. Saya faham dan percaya cara yang dilakukan oleh pemuda ini agak bagus berbanding dengan sistem perniagaan yang pernah saya dekati sebelum ini.

Apa yang memeningkan saya adalah tersepit antara kehendak mencari duit sampingan dengan keinginan meneruskan kerja rasmi yang memberi kepuasan pada saya. Saya suka dengan kerja makan gaji yang ada sekarang. Bukan kerana gaji tetapi kerana minat dan bebas-fikir yang saya jalani ini memang impian saya.

Perancangan saya dalam masa terdekat ini ialah ingin membeli kamera digital SLR. Merakam hidup dan pandangan melalui fotografi. Menulis juga saya minat. Tetapi bakat masih belum diasah sebaiknya.

Dunia blog memperkenalkan saya dengan pelbagai perkara. perniagaan internet masih samar. Saya masih dalam proses memerhati dan mempelajari sedikit demi sedikit. Paling membanggakan saya dalam dunia internet ini ialah saya dah mula berjinak-jinak dengan advertlets dan nuffnangs. Itupun atas jasa Blogmas yang menyediakan kemudahan meletakkan iklan di dalam blog. Saya teruja. Saya benar-benar ingin tahu mengenai perniagaan internet. Berasa pelik dengan ungkapan ‘jutawan internet’. Apa yang mereka buat?

thinking.gif

Aduhai, berkali-kali saya katakan pada diri yang saya memang lemah dalam bidang perniagaan. Otak saya lebih tercerna ke arah seni-budaya. Bukan perniagaan. Tapi keinginan menerokai bidang perniagaan semakin kuat dalam diri. Saya bingung dan BEKU. :?:

2 Responses to “RM vs Seni”

  1. azrul Says:

    hmm.. saya pernah mencuba beberapa jenis MLM, dulu.. tapi rasanya saya memang jenis yang kurang berbakat bab-bab ni.. jadi terus hilang minat..
    bab perniagaan internet pula, entahlah, malas mungkin..
    saya blog pun tanpa sebab, sekadar nak meluahkan perasaan je. hehe.

  2. bayan Says:

    azrul…bila kita buat sesuatu yang kita tak minati, hasilnya amat menyedihkan kan…lebih baik kita buat apa yang kita minati…

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image