Belajar Mengurus Wang
Saya bukanlah orang yang layak bercakap tentang pengurusan wang kerana saya tidak terlibat dalam bidang kewangan. Namun, saya tertarik membaca berita ini. Ikuti penjelasan Azizi Ali mengenai cara beliau menguruskan kewangan sehingga boleh bergelar jutawan.
Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan bersama pembaca yang tidak suka membaca artikel panjang-panjang.
- Pengurusan kewangan tidak diajar di sekolah [oleh itu, mereka banyak menghabiskan wang dengan sia-sia].
- Azizi menggariskan lima langkah untuk menguruskan kewangan iaitu membayar diri sendiri, membuat tabung simpanan, membeli insuran mencukupi, menguruskan hutang dan membeli aset bernilai.
- Tabung simpanan bukan bertujuan menjadikan kita kaya tetapi mencegah kita daripada miskin.
- Insuran amat penting. pilih insuran yang bersesuaian dan insurankan apa yang penting. Ia bukan pelaburan tetapi lebih kepada perlindungan terutama ketika anda dilanda musibah.
Selain itu, saya ingin menambah dua perkara yang penting dalam merancang kewangan iaitu :
- Mempelbagaikan simpanan - untuk memperuntukkan sebahagian wang dalam bentuk simpanan, perbelanjaan sebenar harus diambil kira agar tidak menimbulkan sebarang kesukaran dalam kehidupan seharian.
- Penggunaan skim pinjaman secara bijak -beberapa perkara yang sering diambil kira semasa menggunakan skim pinjaman ialah kadar faedah yang ditawarkan serta tempoh dan cara pembayaran balik pinjaman tersebut.
Oleh itu, belajarlah menyimpan mulai sekarang. Elakkan membeli barangan yang tidak berbaloi untuk dibeli (beli mahal, pakai sekali setahun). Buruk padahnya kalau boros sangat. tengok pompuan dalam gambar ni, tak mampu beli baju. so, ke sana ke mari pakai baju dalam jer. Kesian kan?
September 5th, 2007 at 8:24 am
lotak la gmbr besaq skit.leh cuci mata
September 11th, 2007 at 12:22 am
ermm…encik admin harus diberi tazkirah…hehhehe dah nak puasa ni encik….mata kena jaga.